Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009

PERADUAN BAKAT BARU KOMIK MALAYSIA 2009
MAJLIS PENILAIAN DAN PEMILIHAN PEMENANG SERTA PENYAMPAIAN HADIAH


Tahniah kepada finalis Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009! Tentu anda dah semak lis finalis kat website dan majalah kitorang. Manalah tahu nama anda juga tersenarai…. Jika anda salah seorang daripada finalis tersebut, sila ambil maklum perkara berikut:
1. Surat maklum balas kehadiran ke majlis penyampaian hadiah telah dikirim melalui pos kepada anda pada 15hb Oktober. Kalau tak terima, sila inform kami.
2. Sila kirimkan semula borang maklum balas sama ada anda dapat hadir atau tidak pada majlis tersebut melalui fax 03-9056 1634 atau e-emel farra@artsquare.com.my
3. Jangan lupa kirimkan salinan kad pengenalan anda supaya kami dapat pastikan ejaan nama anda dan no i/c tertera dengan betul.
Pastikan kehadiran anda semasa MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH nanti – 22 November 2009.




Aturcara majlis:
10.30 a.m -12.30 p.m. - Judging Begins.
11.30 a.m -1.30 p.m. - Bakat Baru Finalist Registration.
2.30 p.m – 4.00 p.m - Prize Presentation Ceremony

CUTIE CULTIE COMIC SHOW

One Art Club dari kolej One Academy menganjurkan pameran berjudul 'CUTIE CULTIE COMIC SHOW'/CCCS khusus untuk seni komik jer! Pameran yang berlangsung selama 19 hari ni (5hb. - 23hb. Oktober 2009) ni mempamerkan seni² artis komik seperti Michael Chua (Gilamon), Kenji Chai (Black Fryday) & Driv (Robonut ). Manakala pada 10hb. Oktober 2009 (Sabtu) berlangsungnya bengkel 'Talk @ TOA Audio Visual Hall' bersama 4 speakers yang tak asing lagi di GEMPAK STARZ™ dengan 4 tajuk pembentangan masing² iaitu:

'Malaysia Comic Industry'
Fakhrul Anour @ Ayour (Editor of Gempak/ Utopia)

'Mandarin Comic Society'
Ng Keng Yeow @ KK

strong>'Digital Interactive Comic'
Siow Aik Wee (MDec)

'Becoming a Comic Artist'
Michael Chuah/C2V

Dari kiri; Aik Wee, Liew Sio Yean (Arts Programme One Art Club), KK, Ayour, C2V & Leo Chong (Head of Illustration Dept. / Advisor One Art Club)

Wah! Tengok siapa turut hadir beri sokongan?! (dari kiri); Tan Eng Huat/Kutu, Sunny (colorist GEMPAK STARZ ™), Kaoru & Keith!

Ada cerita lagi? Maka rajin²-lah dapatkan majalah GEMPAK™ isu akan datang di pasaran!

'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI' OLEH FAKHRUL ANOUR

Orait! Pernah menghayati karya² FAKHRUL ANOUR? Pernah baca novel grafik 'HANYA...'? Pernah hayati novel sulungnya berjudul 'CINTA TUNGGAL'? Pernah baca novel ringannya berjudul 'KAORU'S CAKE HOUSE 143' yang mengisi ilustrasi² eksklusif Kaoru? Paling penting sekali jika korang kipas-susah-mati GEMPAK™ sejak tahun 2000, pernah tak korang baca cerpen² beliau yang tersiar di ruangan PENTAS REALITI (sekarang GEMPAK™ dah tak siarkan lagi kolum tu...). Pernah ke tak pernah bukan isunya sebab sesaper pun tak ketinggalan untuk mengenali lebih dekat bakat FAKHRUL ANOUR sebagai seorang penulis & pelukis komik. Karya terbarunya, 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI' akan berada di pasaran awal November 2009 dengan RM7.50. Ia bukan novel ringan biasa kerana ia bukan seperti kebiasaan novel² di pasaran berbahasa Melayu. Tak caya? Dapatkan GEMPAK™ isu 239 (1hb. November 2009) untuk penjelasan lebih lanjut melalui interviu eksklusif bersama FAKHRUL ANOUR hanya di GEMPAK STARZ™.

Berbanding edisi Novel Ringan sebelumnya ('Kaoru's Cake House 143' & 'Detektif Hantu Analog'), 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI' membawakan konsep pembacaan yang lebih unik dengan diterapkan unsur² komik. Malah ia menjadi profil terbaik buat FAKHRUL ANOUR yang dikenali sebagai penulis & pelukis komik. 99% ilhamnya!

Semenjak berkecimpung dalam Industri Komik Malaysia pada tahun 2000, jarang kita menyaksikan karya² FAKHRUL ANOUR menyerikan pasaran komik kita. Asyik² dia sebagai Ayour iaitu editor GEMPAK STARZ™ yang kita kenali sebagai peneraju fofler Majalah Komik Generasi Baru, GEMPAK™ (cambest jer!). Memang cambest sebab tahun 2009 dia bertambah sibuk bila dipertanggungjawab menerajui 'konsep baru' majalah UTOPIA™ yang semakin mendapat demand bukan jer dari Utopianz tapi gak penggiat industri hiburan. Sebagai anak tunggal, kembalinya bonda tercinta ke rahmatullah benar² mencabar jiwa tetapi... life goes on! 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI' bukti dia takkan mengalah. Chaiyok!

'THE 6TH GOLDEN DRAGON AWARD' & 'THE 2ND CHINA INTERNATIONAL COMICS FESTIVAL'


'THE 2ND CHINA INTERNATIONAL COMICS FESTIVAL' tahun ni berjaya dianjurkan kat Guangzhou, China dengan tema 'Peace • Innovative • Friendly' berserta laungan "Make cartoon dynamic; promote cartoon to every family.".

Sekali lagi GEMPAK STARZ™ dijemput ke sana menghadiri acara gilang-gemilang ni. Selain tu, acara besar ni gak menampilkan kemunculan pemenang² baru 'THE 6TH GOLDEN DRAGON AWARD'!


(Dari kiri) Keith, Slaium, wakil operasi media GEMPAK STARZ™ & Kaoru kat pintu masuk dewan persidangan.


Majlis anugerah 'THE 6TH GOLDEN DRAGON AWARD' berlangsung secara besar-besaran cam anugerah industri hiburan yang disiarkan secara live kat TV!

Berjalan kat red carpet sambil melontar maskot kepada peminat. Eh, naper Keith buat muka camtu?!

Persembahan cosplay.

Persembahan animasi feymes China - 'Xi Yang Yang'.

Majlis perasmian berlangsung dengan jayanya! Yeah!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom saksikan 'THE 2ND CHINA INTERNATIONAL COMICS FESTIVAL'!


Salah 1 acara terpenting adalah upacara penukaran hak milik animasi. Art Square Creation Sdn. Bhd. pun terlibat gak!

Gerai pameran menarik yang menampilkan 'Lawak Kampus' kat sana.

Besarnya poster 'Lawak Kampus'! Bayangkan betapa feymes-nya Keith kat China.

Pameran filem versi anime Doraemon - 'Nobita & The Green Giant Legend 2008'.

Gerai pengeluar feymes Hong Kong - Jonesky Publishing Ltd..

Ada lagi model Gundam!

Ikuti laporan lanjut dalam GEMPAK™ Isu 240 (15hb. November 2009)

Kini Di Pasaran!



Bayangkan Terbang & Epilog Bayangkan Terbang.
Artis : Xu Pei Wu & Ke Ying Mei
Halaman: 192 muka surat
Harga: RM6.50

Sinopsis: Cally Tang, seorang gadis penuh opitimis bertemu seorang pemain piano, Hau, yang bersikap pelik. Pada masa yang sama, mereka sedang bergelut untuk berdepan dengan cabaran dalam kehidupan mereka seharian. Semasa Cally mengutip kertas nota muzik yang terjatuh, dia terdengar satu alunan muzik indah yang berjaya membawa mindanya terbang ke awangan. Kenapa Hau yang begitu berbakat sangat takut untuk membuat persembahan di atas pentas? Kenapa Cally Tang berasa tertipu dan dikhianati? Muzik yang mampu membawa kita keawangan tiba untuk menceritakan segala.