100% REVIU: BERGAMBAR BERSAMA KARAKTER FAVERET!


Orait! Seperti yang dijanjikan, kipas-susah-mati yang banyak bersabar menunggu pasti akan diberi ganjaran paling istimewa (walaupun takler istimewa sangat pun...). Pada hari ke-2 100% GEMPAK STARZ™ selepas korang bersuka ria di-'dera' dengan aktiviti pekik-memekik cabutan bertuah, maka sesi bergambar bersama-sama 21 papan karakter eksklusif 100% GEMPAK STARZ™ pun dibuka! Peh berpusu-pusu korang ek! Suruh naik pentas jawab soalan, punyalah segan. Tapi bila suruh naik pentas bergambar bersama-sama karakter² ni, tak segan terus. Cayalah!

Pose la cik adik oiii! Takkan senyum jer...

Tengok cik adik manis ni... Peh! Sejibik tuuu... cun habesss!~

Kalau ya pun nak bergambar, jangan ler block Panda-Man tu... sian dia! >_<

Nanti sat! Macam ada tak cukup ketinggian di sini, ke skala berbeza? ^_^

Macam kenal jer diorang ni?!

Joi & Ah Mun... sempat lagi korang ya!

Aweks COMIC KING™... Albbie & Sin Ai Ing yang juga bertugas di seksyen Komik Klassroom sepanjang 3 hari 100% GEMPAK STARZ™. Patut la time tu diorang hilang... di sini rupanya!

100% REVIU: 9 JAM TANGAN ODM XL BLOC UNTUK KIPAS-SUSAH-MATI!

Selain menaja 11 jam tangan ODM XL BLOC kepada 11 orang artis komik senior GEMPAK STARZ™, ODM gak berbesar hati menaja sejumlah 9 jam tangan versi yang sama kepada kipas-susah-mati melalui cabutan bertuah! Paling eksklusif apabila 9 peti simpanan lutsinar jam ni sudah diconteng oleh 9 artis komik tersebut. Memang edisi terhad u'all!

Ait? Macam kenal jer... Froggy, kan?! Abang Keith lukis!

Inilah hasil karya Kaoru di atas salah satu peti jam lutsinar ODM XL Bloc!

Wah! Awek ni dapat jam tangan ODM dengan peti lutsinarnya sudah diconteng oleh Fakhrul Anour (Ayour). Senyuman apa tu dik? Suka ke tak? ^_^

Inilah hasil contengan abang Kenny untuk peti simpanan jam tangan ODM XL Bloc! Siapa dapat?!

Ya! Awek ni dapat jam tangan ODM XL Bloc yang diconteng eksklusif oleh abang Kenny. Tahniah!

100% REVIU: CONVERSE™ MENAJA BAJU-T & KASUT UNTUK DICONTENG!

Salah satu aktiviti yang cukup eksklusif sepanjang berlangsungnya 100% GEMPAK STARZ™ lalu ialah artis² komik secara live melukis di atas sejumlah baju-T & sneakers berjenama CONVERSE™. Ia kemudian akan dilelong kepada kipas-susah-mati melalui cabutan bertuah & pertukaran kupon di kaunter media. Memang eksklusif! ^_^


Zint & peminat yang memiliki baju-T Converse™ yang dicontengnya!

Naper bro jelir lidah? Sebab conteng sempoi sangat atas baju-T Converse™ ya? Faham... abang Tan Eng Huat dah bertaraf dunia! ^_^

Xanseviera pengalaman pertama menconteng atas baju-T Converse™. Ya ke?! Moeeeee! ^_^

Cuba teka contengan siapakah ni? Siapa lagi kalau bukan pemenang IPCC 2008 dengan karyanya '1000 Tentacles' & artis komik senior GEMPAK STARZ™, dialah... Puyuh!

Baju-T Converse™ laku habessss! Semua nak berebut tapi hanya seorang yang bertuah. Yok kita cari dia!

Tatahan seni Zint atas kotak kasut Converse™. Canggih!

Kasut Converse™ contengan Kaoru ni telah dilelongkan melalui cabutan bertuah!

Jo dengan hasil karyanya yang sempoi di atas kasut Converse™.

Hasil kerja abang Kenny yang kekal klasik! Siapa memiliki kasut ni sila lapor diri! ^_^

Wahhh! Abang Keith memang otai habesss! Untung siapa dapat kasut ni. Sejibik cam dalam komiknya. Kagumlah!

Memang susah betul nak tengok Fakhrul Anour (Ayour) menyumbangkan hasil seninya kalau tiba acara camni, namun kali ni dia nampaknya boleh tahan beri kerjasama. ^_^

100% REVIU: 11 ARTIS KOMIK GEMPAK STARZ™ DITAJA ODM


Sepanjang berlangsungnya karnival komik 100% GEMPAK STARZ™, pasti ada diantara korang yang datang @ melihat gambar² artis favourite korang perasan jam yang dipakai oleh 11 artis senior. Ya! 11 artis komik Malaysia dari GEMPAK STARZ™ telah ditaja dengan 11 jam tangan ODM XL BLOC (bernilai RM239 seunit) setiap seorang. Peh! Bergaya sakan diorang dengan jam baru nampaknya. Tahniah!

Dari kiri; Fakhrul Anour (Ayour), Keith, Kenny, Jo, Kaoru, Zint, Slaium & Kash adalah antara 11 artis komik GEMPAK STARZ™ yang mendapat tajaan ni. Trimas ODM!

100% REVIU: UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA GEMPAK STARZ™



Sudah lebih sehari kita meninggalkan kenangan kemeriahan 100% GEMPAK STARZ™, namun bahang keseronokannya masih dirasai terutamanya di laman² web kipas-susah-mati. Kami di GEMPAK STARZ™ ingin mengucapkan ribuan trimas kepada semua wakil media & rakan niaga yang hadir terutamanya wakil² OtakuZone The Star (Animax Youth Council), Anime Shrine Lowyat.net, Nanyang, Roots Studio, Oka, Litt Tak, PrimeWorks Studios Sdn. Bhd., Oriental Daily News, Seephyliliz, JN Cooray Publishing House Sdn. Bhd., MoccaSparrow™ Art & Design Workshop, Action TinToy, ChinaPress, DooDolls & TV3. Trimas tidak terhingga gak kepada para penaja & para petugas yang telah menjayakan karnival ini selama 3 hari berturut-turut tanpa rasa jemu. Namun diantara semua, semestinya ucapan trimas/TQ/Terima Kasih sewajibnya kepada para kipas-susah-mati; tak kira siapa pun dirimu samada yang sedang bertugas @ datang semata-mata untuk 100% GEMPAK STARZ™ ni! Insya-Allah, kemeriahan sebegini takkan berakhir & selagi kami berusaha untuk terus berkarya dalam genre komik (seni lukis + penulisan), pastinya kita akan bertemu lagi di 100% GEMPAK STARZ™ akan datang. Orait!

100%

TRIMAS! TQ! TERIMA KASIH!






100% REVIU: LIPUTAN VIDEO EKSKLUSIF OLEH KIPAS-SUSAH-MATI!


Ada menonton liputan 100% GEMPAK STARZ™ di siaran 715 Astro ANIMAX? Ter-miss?! Takper sebab korang boleh tonton di YouTube hasil usaha seorang kipas-susah-mati bernama Afiq Ehsan dari Cahaya Lensa Kreatif. Bahagian media GEMPAK STARZ™ sendiri pun tak tahu menahu lebih terperinci mengenai projek dia ni selain beri jer pelepasan sebagai media selama 3 hari kitorang 'berkampung' di ruang legar Sg. Wang KL. Ingatkan pelajar IPT buat projek semestar akhirnya... rupanya dia secara peribadi membuat liputan eksklusif 100% GEMPAK STARZ™ untuk di-upload ke YouTube. Trimas Afiq, memang ada potensi jadi pengarah visual berkaliber kelak! Kitorang akan sentiasa menyokong dari belakang. Yok tonton YouTube Afiq Ehsan (baru dapat tahu, dia ni adik Xanseviera rupanya!). Orait!~

MELODRAMA ARTIS GEMPAKSTARZ™!
Suntingan kerja Afiq memang best! Tak sangka kitorang leh tengok aksi² sempoi menggelikan hati artis² komik GEMPAK STARZ™ korang. Buat silap pun muka tetap maintain, memang sempoi! Ni kitorang reviu sikit gelagat diorang masa pelancaran 100% GEMPAK STARZ™ pada 21hb. November 2009 (Sabtu):

Intro baik punya! Ayour/Fakhrul Anour yang bukan main control pro membacakan teks ucapan perasmiannya, tak sengaja 'melatah' bila tercari-cari Jo sebagai artis pertama dipanggil naik ke pentas. Rupanya dah berdiri belakang dia! Apa daa...~ Mentang² la awek tu kecil jer, tak perasan la! >_<

Abang Zuan/Apoh memang takleh lari dari trademark lambaian ratunya. Ni mesti terpengaruh dengan telatah anak perempuannya (^_^...). Nak buat camner... he's the man! Kesayangan si cilik! Huhu... ^_^ (Xanseviera pun tak mampu buat ok!)


SESAT JALAN JUGAK...!

Walaupun dah berapa kali di taklimat & di susun belakang pentas, diorang tetap sesat! Tercari-cari character board masing², terutamanya abang Kenny yang bukan main beria-ia memastikan susunan character board sama ngan susunan artis² di belakang pentas. Last², dia pun sesat gak... Huhu! Memang cute habesss perangai korang ni! -_-"...

Orang pertama sesat di pentas 100% GEMPAK STARZ™! Brader Juice yang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pembaca majalah GEMPAK™. Artis komik baru GEMPAK STARZ™ yang sememangnya berpotensi besar! Bab melukis komik dia takkan sesat, tapi naik pentas... boleh sesat! >_<

"Woi! Uncle Loong... mana mau pegi tu?! Karakter lu di sini la...!" Panggil abang Clay bila tengok Uncle Loong meng-usha karakter orang lain. Padahal masa dia masuk, character board dia betul² di sebelah.

Ha! Tengok abang Kenny korang... dia yang susun, dia sendiri tak tahu tempat dia susun karakter dia sendiri. Iyer la... dalam gambarajah cam kat kanan, naik pentas rupanya di kiri!

"Woi... apa tengok²?!" Tegur abang Clay agaknya bila abang Zint berdiri tertinjau-tinjau. "Saja tengok maa...!" Jawab abang Zint agaknya (padahal malu nak ngaku dia lupa jalan! Huhu...).

Ayour telah membuat jemputan khas, abang Tan Eng Huat/Kutu gelabah. Sepatutnya nama dia disebut dulu sebelum Zint... sekali bila nama dia disebut selepas Zint, naik pentas terus tak ingat mana karakter dia! (Jangan pandang belakang! Itu bukan karakter Batman la! Itu Clay punya karakter... ^_^)

Tak kiralah betapa feymes pun diorang ni sebagai artis komik, populariti takkan mampu mengubah sifat semulajadi diorang biarpun di khalayak ramai! They are just what they are... naturally 'funny' themselves!

Senarai Pemenang Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009.


TAHNIAH pemenang Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009 (PBBKM 09)

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis penyampaian hadiahPBBKM 09 hari tu. Kepada yang berjaya TAHNIAH kami ucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa cuba lagi pada tahun hadapan. Kami ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang majlis berjalan.

PEMENANG NYA ….

KATEGORI A – MELUKIS KOMIK TERBUKA

JUARA - Yap Zhuo Yong, 24 tahun
NAIB JUARA - Ryan Wong Heai Han, 21 tahun
TEMPAT KE 3 - Chang Lip Wei, 22 tahun

KATEGORI B - MELUKIS KOMIK 18 TAHUN & KE BAWAH

JUARA - Adila Noorfatin Binti Jambari, 17 tahun
NAIB JUARA - Mohd Helmay Husaini Bin Mohd Zin, 18 tahun
TEMPAT KE 3 - Abdul Bar Bin Zainuddin, 18 tahun

KATEGORI C – MELUKIS KOMIK STRIP TERBUKA

JUARA - Liew Sio Yean, 29 tahun
NAIB JUARA - Muhammad Annuar Bin Fadzilan, 19 tahun
TEMPAT KE 3 - Syamsul Irwan Taib, 33 tahun

KATEGORI D – MELUKIS ILUSTRASI TERBUKA

JUARA - Ahmad Hani Bin Noh, 22 tahun
NAIB JUARA - Chin Jing Hui, 25 tahun
TEMPAT KE 3 - Wee Yee Chong, 26 tahun

Super K6 Gang T-shirt IN MARKET SOON!

Great news to the special one as you!

We're here to bring you the Super K6 Gang T-shirt by:

Tropicana Life x FM 988 x Gempak Starz

Super K6 Gang T-shirt in market soon @ 100% Gempak Starz

Grab it during this coming weekend 21st Nov - 23rd Nov at Sg Wang Concourse Level.

It's Limited quantity for this special design of K6 Gang T-shirt, selling at only RM 49.90.

* While stock last

What you waiting for ? Hurry ! Join us at this coming weekend!

See you all.... cheers :)