Orait! Seperti yang dijanjikan, kipas-susah-mati yang banyak bersabar menunggu pasti akan diberi ganjaran paling istimewa (walaupun takler istimewa sangat pun...). Pada hari ke-2 100% GEMPAK STARZ™ selepas korang bersuka ria di-'dera' dengan aktiviti pekik-memekik cabutan bertuah, maka sesi bergambar bersama-sama 21 papan karakter eksklusif 100% GEMPAK STARZ™ pun dibuka! Peh berpusu-pusu korang ek! Suruh naik pentas jawab soalan, punyalah segan. Tapi bila suruh naik pentas bergambar bersama-sama karakter² ni, tak segan terus. Cayalah!100% REVIU: BERGAMBAR BERSAMA KARAKTER FAVERET!
Orait! Seperti yang dijanjikan, kipas-susah-mati yang banyak bersabar menunggu pasti akan diberi ganjaran paling istimewa (walaupun takler istimewa sangat pun...). Pada hari ke-2 100% GEMPAK STARZ™ selepas korang bersuka ria di-'dera' dengan aktiviti pekik-memekik cabutan bertuah, maka sesi bergambar bersama-sama 21 papan karakter eksklusif 100% GEMPAK STARZ™ pun dibuka! Peh berpusu-pusu korang ek! Suruh naik pentas jawab soalan, punyalah segan. Tapi bila suruh naik pentas bergambar bersama-sama karakter² ni, tak segan terus. Cayalah!100% REVIU: 9 JAM TANGAN ODM XL BLOC UNTUK KIPAS-SUSAH-MATI!
Selain menaja 11 jam tangan ODM XL BLOC kepada 11 orang artis komik senior GEMPAK STARZ™, ODM gak berbesar hati menaja sejumlah 9 jam tangan versi yang sama kepada kipas-susah-mati melalui cabutan bertuah! Paling eksklusif apabila 9 peti simpanan lutsinar jam ni sudah diconteng oleh 9 artis komik tersebut. Memang edisi terhad u'all!
Ait? Macam kenal jer... Froggy, kan?! Abang Keith lukis!
Inilah hasil karya Kaoru di atas salah satu peti jam lutsinar ODM XL Bloc!
100% REVIU: CONVERSE™ MENAJA BAJU-T & KASUT UNTUK DICONTENG!
Salah satu aktiviti yang cukup eksklusif sepanjang berlangsungnya 100% GEMPAK STARZ™ lalu ialah artis² komik secara live melukis di atas sejumlah baju-T & sneakers berjenama CONVERSE™. Ia kemudian akan dilelong kepada kipas-susah-mati melalui cabutan bertuah & pertukaran kupon di kaunter media. Memang eksklusif! ^_^
Naper bro jelir lidah? Sebab conteng sempoi sangat atas baju-T Converse™ ya? Faham... abang Tan Eng Huat dah bertaraf dunia! ^_^
Xanseviera pengalaman pertama menconteng atas baju-T Converse™. Ya ke?! Moeeeee! ^_^
Cuba teka contengan siapakah ni? Siapa lagi kalau bukan pemenang IPCC 2008 dengan karyanya '1000 Tentacles' & artis komik senior GEMPAK STARZ™, dialah... Puyuh!
Baju-T Converse™ laku habessss! Semua nak berebut tapi hanya seorang yang bertuah. Yok kita cari dia!
Tatahan seni Zint atas kotak kasut Converse™. Canggih!
Kasut Converse™ contengan Kaoru ni telah dilelongkan melalui cabutan bertuah!100% REVIU: 11 ARTIS KOMIK GEMPAK STARZ™ DITAJA ODM
Dari kiri; Fakhrul Anour (Ayour), Keith, Kenny, Jo, Kaoru, Zint, Slaium & Kash adalah antara 11 artis komik GEMPAK STARZ™ yang mendapat tajaan ni. Trimas ODM!
100% REVIU: UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA GEMPAK STARZ™

100%
100% REVIU: LIPUTAN VIDEO EKSKLUSIF OLEH KIPAS-SUSAH-MATI!
Intro baik punya! Ayour/Fakhrul Anour yang bukan main control pro membacakan teks ucapan perasmiannya, tak sengaja 'melatah' bila tercari-cari Jo sebagai artis pertama dipanggil naik ke pentas. Rupanya dah berdiri belakang dia! Apa daa...~ Mentang² la awek tu kecil jer, tak perasan la! >_<
Abang Zuan/Apoh memang takleh lari dari trademark lambaian ratunya. Ni mesti terpengaruh dengan telatah anak perempuannya (^_^...). Nak buat camner... he's the man! Kesayangan si cilik! Huhu... ^_^ (Xanseviera pun tak mampu buat ok!)
SESAT JALAN JUGAK...!
Walaupun dah berapa kali di taklimat & di susun belakang pentas, diorang tetap sesat! Tercari-cari character board masing², terutamanya abang Kenny yang bukan main beria-ia memastikan susunan character board sama ngan susunan artis² di belakang pentas. Last², dia pun sesat gak... Huhu! Memang cute habesss perangai korang ni! -_-"...

Orang pertama sesat di pentas 100% GEMPAK STARZ™! Brader Juice yang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pembaca majalah GEMPAK™. Artis komik baru GEMPAK STARZ™ yang sememangnya berpotensi besar! Bab melukis komik dia takkan sesat, tapi naik pentas... boleh sesat! >_<
"Woi! Uncle Loong... mana mau pegi tu?! Karakter lu di sini la...!" Panggil abang Clay bila tengok Uncle Loong meng-usha karakter orang lain. Padahal masa dia masuk, character board dia betul² di sebelah.
Ha! Tengok abang Kenny korang... dia yang susun, dia sendiri tak tahu tempat dia susun karakter dia sendiri. Iyer la... dalam gambarajah cam kat kanan, naik pentas rupanya di kiri!
"Woi... apa tengok²?!" Tegur abang Clay agaknya bila abang Zint berdiri tertinjau-tinjau. "Saja tengok maa...!" Jawab abang Zint agaknya (padahal malu nak ngaku dia lupa jalan! Huhu...).
Ayour telah membuat jemputan khas, abang Tan Eng Huat/Kutu gelabah. Sepatutnya nama dia disebut dulu sebelum Zint... sekali bila nama dia disebut selepas Zint, naik pentas terus tak ingat mana karakter dia! (Jangan pandang belakang! Itu bukan karakter Batman la! Itu Clay punya karakter... ^_^)
Tak kiralah betapa feymes pun diorang ni sebagai artis komik, populariti takkan mampu mengubah sifat semulajadi diorang biarpun di khalayak ramai! They are just what they are... naturally 'funny' themselves!
Senarai Pemenang Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009.
TAHNIAH pemenang Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009 (PBBKM 09)
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis penyampaian hadiahPBBKM 09 hari tu. Kepada yang berjaya TAHNIAH kami ucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa cuba lagi pada tahun hadapan. Kami ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang majlis berjalan.
PEMENANG NYA ….
KATEGORI A – MELUKIS KOMIK TERBUKA
JUARA - Yap Zhuo Yong, 24 tahun
NAIB JUARA - Ryan Wong Heai Han, 21 tahun
TEMPAT KE 3 - Chang Lip Wei, 22 tahun
KATEGORI B - MELUKIS KOMIK 18 TAHUN & KE BAWAH
JUARA - Adila Noorfatin Binti Jambari, 17 tahun
NAIB JUARA - Mohd Helmay Husaini Bin Mohd Zin, 18 tahun
TEMPAT KE 3 - Abdul Bar Bin Zainuddin, 18 tahun
KATEGORI C – MELUKIS KOMIK STRIP TERBUKA
JUARA - Liew Sio Yean, 29 tahun
NAIB JUARA - Muhammad Annuar Bin Fadzilan, 19 tahun
TEMPAT KE 3 - Syamsul Irwan Taib, 33 tahun
KATEGORI D – MELUKIS ILUSTRASI TERBUKA
JUARA - Ahmad Hani Bin Noh, 22 tahun
NAIB JUARA - Chin Jing Hui, 25 tahun
TEMPAT KE 3 - Wee Yee Chong, 26 tahun
Super K6 Gang T-shirt IN MARKET SOON!
Great news to the special one as you!We're here to bring you the Super K6 Gang T-shirt by:
Tropicana Life x FM 988 x Gempak Starz
Super K6 Gang T-shirt in market soon @ 100% Gempak Starz
Grab it during this coming weekend 21st Nov - 23rd Nov at Sg Wang Concourse Level.
It's Limited quantity for this special design of K6 Gang T-shirt, selling at only RM 49.90.
* While stock last
What you waiting for ? Hurry ! Join us at this coming weekend!
See you all.... cheers :)










