Showing posts with label Starlite. Show all posts
Showing posts with label Starlite. Show all posts

Cover - Alice In Wonderland


Tim Burton yang terkenal ngan garapan filem penuh dengan aura 'gelap' ala gothic seperti 'Edward Scissorhands' & 'Charlie & The Chocolate Factory' kembali lagi meneruskan tradisi tersebut ngan filem 'ALICE IN THE WONDERLAND'. Muncul ngan barisan pelakon cambest seperti Mia Wasikowska, Johnny Depp, Anne Hathaway & Helena Bonham Carter, ianya menjadi salah 1 filem yang ditunggu-tunggu bagi tahun 2010!

Grafik cambest kena lak ngan barisan pelakon meletoppp. Ramuan yang menjadikan filem Tim Burton sentiasa menjadi rujukan oleh para pembikin filem lain.

Alice yang kembali ke dunia Wonderland

Dalam ruangan Starlite ni, Fara akan huraikan dengan lebih lanjut di sebalik setiap karakter & pelakon yang terlibat dalam pembikinan filem 'ALICE IN WONDERLAND'. Jadi, dapatkan cepat Utopia™ 173 sekarang!

Starlite 170 - Owl City

ADAM YOUNG a.k.a OWL CITY

Siapa lak mamat ni? Peria 'burung hantu' ke? Apa kaitan burung hantu ngan dia? Kali ni Starlite nak buat post-mortem tentang seorang artis yang datang dari bumi Amerika, OWL CITY. Lelaki muda yang mengidap penyakit insomnia ni meletup selepas me-release EP-nya kat laman sesawang MySpace berjudul, 'Of June'.

Populariti mencanak anak muda yang tak reti nak tidur malam ni mendapat perhatian dari pendengar seantero dunia. Datang dari susur galur muzik Syth Pop yang kedengaran lebih kurang ngan band Postal Service, Adam Young membawa 'nafas segar' dalam seni suara muzik anak muda. Bertindak sebagai singer songwriter, ADAM berjaya 'menzahirkan' bunyian yang matang serta pada masa yang sama sangat catchy ngan bait-bait lirik penuh puitis datang dari inspirasi tanpa tidur. Woahh!

U'all mesti check out story pasal OWL CITY. Sebab apa? Haa... meh abang Pjoe habaq mai. Sebab kat ruangan kontezz u'all berpeluang memenangi henfon bernilai RM500 ringgit serta barangan cambest bernilai RM200 sumbangan Universal Music Malaysia (again, thanks to Azri!).

U'all gak berpeluang memenangi album terbari OWL CITY, 'Ocean Eyes'!

Lepas ni, rajinkan diri jenguk ke bookstore berdekatan coz bebila masa dari skang Utopia™ 170 akan muncul! Rembat jangan tak rembat!

Starlite 170 - The All-American Rejects!!!


THE ALL-AMERICAN REJECTS!

AAR! AAR! Tulah laungan yang we'all sendiri dengar & saksikan ketika dey'all membuat persembahan di negara kita bebaru ni. Memang gempak giler! Kali ni, we'all membuat paparan istimewa di ruangan Starlite khas untuk tatapan u'all semua! Ada citer pasal album baru & muzik video cambest ter-latest dari dey'all, 'I Wanna'.

Kali ni gak we'all ada hadiah paling tebaboo untuk u'all. Menangi set dram & baucar CD dari Universal Music Malaysia (tenkiu Azri, PR Universal) kat ruangan kontez! Hah, apa tunggu lagi rembat Utopia 170 yang bebila masa dari sekarang akan muncul kat rak kedai buku berdekatan ngan rumah u'all! Baik hati kan we'all ni!

2 Idola Cambest, Starlite 167!

Okey korang, ruangan Starlite 167 akan memperkenalkan 2 bintang tersohor yang lahir dari program realiti cambest kat dunia, American Idol. Muncul sebagai juara & naib juara, Kris Allen & Adam Lambert muncul ngan album terbaru masing-masing tuk buktikan 'kegagahan' dey'all di persada muzik dunia. Lahir dari ' dunia' sama tapi 'membenihkan' produk yang cukup berbeza! Check 'em out guys dalam Utopia 167!



Jangan lepaskan peluang untuk rembat 20 keping CD album sulung dari dey'all berdua ngan sertai contez kat dalam Utopia 167!

Boys Like Girls as Cover We'all!!!

Salam Ramadhan tuk u'all! Camner ngan puasa? Ada baik? Jangan puasa yang-yok ya! Orang tak nampak pun tapi Tuhan nampak!

Sesi photoshoot we'all ngan BOYS LIKE GIRLS di studio Kamar Seni milik A.G (Hujan, Coco)

Okey, dengan bangganya we'all nak hebahkan kat sekalian u'all bahawa UTOPIA mendapat hak interview & photoshoot eksklusif untuk Asia Tenggara! BOYS LIKE GIRLS akan menjadi cover we'all bagi isu bumper Raya 163! Kedatangan dey'all ke Malaysia tuk event MTV World Stage memang sangat ditunggu we'all.

We'all jadi saksi kehebatan BOYS LIKE GIRLS di MTV World Stage pada 15 Ogos 2009!

Dapatkan UTOPIA 163 & check out pasal BOYS LIKE GIRLS dalam ruangan Starlite. Seperti biasa, we'all yang bermurah hati ni nak kasi hadiah kat u'all semua. Nak menang? Masuk jer contest yang we'all sediakan. Antara hadiah cambest yang menanti u'all adalah album terbaru terbaru BOYS LIKE GIRLS, 'Love Drunk' & poster eksklusif berautograf dari semua anggota BOYS LIKE GIRLS!

U'all gak boleh check out laman web rasmi BOYS LIKE GIRLS kat sini & baca apa yang Martin omongkan pasal photoshoot & aktiviti dey'all sepanjang kat Malaysia. Gerekkkkk!

p/s - Pssst! Sempena bumper Raya ni, we'all akan persembahkan sebuah drama khas seperti yang we'all buat tahun sebelum ni. Kalau Fara jadi Bumblebee, u'all rasa okey tak? Hihi!