Showing posts with label PBBKM'09. Show all posts
Showing posts with label PBBKM'09. Show all posts

Peraduan Bakat Baru kembali lagi!!!

Buat kali ke-6, Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009 (PBBKM'09) anjuran Gempak, Utopia dan Comic King dengan sokongan MSC Malaysia. Turut ditaja oleh Tropicana Life, NSS, Hasbro, ALFA International College, BONIA, Alain Delon dan Dooodolls.

Objektif utama:
- platform bagi remaja Malaysia menonjolkan kreativiti mereka
- menggilap bakat baru artis komik
- menyediakan pelapis industri komik negara.
- memperkembangkan arena seni komik tanah air
- membuka minda masyarakat tentang seni yang semakin mendapat sambutan di kalangan generasi muda ini.

Ganjarannya? Wang tunai berjumlah RM20,000! + hadiah2 menarik dari para penaja

Kategori-kategori:
- Kategori A: Melukis Komik Terbuka
- Kategori B: Melukis Komik 18 Tahun dan Ke Bawah
- Kategori C: Melukis Komik Strip Terbuka
- Kategori D: Melukis Ilustrasi Terbuka

Tempoh Peraduan : mulai 1 Mei 2009 - 31 Julai 2009.

Borang penyertaan boleh didapati dalam majalah GEMPAK dari isu 226, majalah UTOPIA dari isu 152 dan majalah COMIC KING dari isu 108. Borang penyertaan juga boleh didapati melalui laman web http://www.gempakstarz.com/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Mei Ching di 03-9056 1637 (samb. 183)

Judging bagi artwork para finalis dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Sabtu, 22 November 2009 di Sungei Wang Plaza bersempena dengan acara 100% Gempak Starz yang akan berlangsung pada 21-23 November ini!

Buktikan bakat anda! Hantarlah seberapa banyak penyertaan untuk memenangi hadiah2 menarik yang telah kami sediakan!