Showing posts with label Cover. Show all posts
Showing posts with label Cover. Show all posts

EKSKLUSIF COVER KOMBINASI 'ALICE IN WONDERLAND'

Gong Xi! Gong Xi! Gong Xi Fa Cai! Tahun hari-hari mau (harimau) membuatkan u'all hari² mau baca majalah² keluaran GEMPAK STARZ™. Haha! Sekarang ni di pasaran special surprise isu MAC 2010 buat u'all para pembaca setia majalah GEMPAK STARZ™; UTOPIA™, GEMPAK™ & COMIC KING™. We'all dengan kerjasama Walt Disney Studios Motion Pictures, Malaysia menerbitkan previu + contest eksklusif filem 'ALICE IN WONDERLAND' versi gothic dengan cover kombinasi untuk 3 majalah tersebut. Nak rasa eksklusifnya, dapatkan ketiga-tiga sekali & nikmati kelebarannya! Heee... ^_^


COMIC KING™ (Mac 2010) • GEMPAK™ (01hb. MAC 2010) • UTOPIA™ (01hb. MAC 2010)

EKSKLUSIF GEMPAK™ BERTEMAKAN CINTA!

Tidak beberapa hari lagi Hari Cinta (Valentine) bakal diraikan oleh korang yang sudah berjanji untuk memberi keistimewaan pada insan yang dicintai @ mungkin tiba masanya meluahkan perasaan?! Ganbatte! Nak mood @ booster keyakinan diri? Kitorang cadangkan korang beli GEMPAK™ isu 246 sebab banyak isi kandungannya eksklusif membincangkan cinta daripada perspektif karya² ACG pilihan diorang.


Cayalah team editorial baru di bawah seliaan Editor baru diorang, Fey! Nak tahu apa komen bekas Editor yang kini dah jadi Ketua Editor yakni Ayour? Semak kat http://fakhrulanour.blogspot.com/2010/02/gempak-dengan-keyakinan-baru.html.

Isi kandungan surprise habessss!

• Artis Antarabangsa - KEITH ('Lawak Kampus' 'Wasabi') & KAORU ('Maid Maiden' 'Kaoru's Cake House') menjelaskan nilai cinta yang terselit dalam setiap karakter komik masing.

• Kolum baru dipanggil 'Kreatif' membawakan interviu eksklusif bersama Jordan Mechner, pencipta francais 'Prince of Persia' sempena filem adaptasinya yang bakal ditayangkan tahun 2010 ni.

• Artikel eksklusif Top 10 karya² cinta bagi setiap kategori Anime, Comic & Game/ACG pilihan Editorial GEMPAK™. Korang setuju? Takper, respons di sini & senaraikan pilihan korang!

• Sudah menjadi kelebihan Majalah Komik Generasi Baru menyampaikan yang terkini dalam industri ACG maka ada laporan 'Iron Man 2', 'Tekken Live Action', filem anime terbaru DoraĆ©mon & filem CGI baru akan datang berjudul 'Despicable Me' (?!).

• Rembat hadiah² eksklusif terutamanya 2 tiket menonton konsert May'n Asia Tour 2010 pada 7hb. Mac 2010. Orait!

Boys Like Girls as Cover We'all!!!

Salam Ramadhan tuk u'all! Camner ngan puasa? Ada baik? Jangan puasa yang-yok ya! Orang tak nampak pun tapi Tuhan nampak!

Sesi photoshoot we'all ngan BOYS LIKE GIRLS di studio Kamar Seni milik A.G (Hujan, Coco)

Okey, dengan bangganya we'all nak hebahkan kat sekalian u'all bahawa UTOPIA mendapat hak interview & photoshoot eksklusif untuk Asia Tenggara! BOYS LIKE GIRLS akan menjadi cover we'all bagi isu bumper Raya 163! Kedatangan dey'all ke Malaysia tuk event MTV World Stage memang sangat ditunggu we'all.

We'all jadi saksi kehebatan BOYS LIKE GIRLS di MTV World Stage pada 15 Ogos 2009!

Dapatkan UTOPIA 163 & check out pasal BOYS LIKE GIRLS dalam ruangan Starlite. Seperti biasa, we'all yang bermurah hati ni nak kasi hadiah kat u'all semua. Nak menang? Masuk jer contest yang we'all sediakan. Antara hadiah cambest yang menanti u'all adalah album terbaru terbaru BOYS LIKE GIRLS, 'Love Drunk' & poster eksklusif berautograf dari semua anggota BOYS LIKE GIRLS!

U'all gak boleh check out laman web rasmi BOYS LIKE GIRLS kat sini & baca apa yang Martin omongkan pasal photoshoot & aktiviti dey'all sepanjang kat Malaysia. Gerekkkkk!

p/s - Pssst! Sempena bumper Raya ni, we'all akan persembahkan sebuah drama khas seperti yang we'all buat tahun sebelum ni. Kalau Fara jadi Bumblebee, u'all rasa okey tak? Hihi!

HUJAN Cover Terbaru UTOPIA™

Hello guys! Bersua lagi sekali we'all ngan u'all di ruangan siber tanpa sempadan. Kali ni, we'all nak hebahkan info terkini tentang apa yang berlaku dalam ruang litup GEMPAK STARZ™.

Ingat HUJAN, ingat UTOPIA isu 162! Okey, geng?

1. Firstly, tentang band indie yang tersohor & meletup di negara kita, HUJAN. Sempena ngan kebangkitan armada indie se-Malaya, we'all abadikan HUJAN sebagai cover bagi isu UTOPIA™ 162. Kali ni, we'all semua cuba tampilkan HUJAN dalam pakej unik ngan sentuhan ala Pop Art. Jangan terbeliak biji mata dulu ya? Tak sabar nak tengok? Sabar! Tunggu kemunculan UTOPIA™ di pasaran tak lama lagi. We'all cuba mencari konklusi untuk revolusi!

We'all gak menemuramah HUJAN & nantikan info terkini dey'all yang baru pulang dari Indonesia serta preview tentang video klip single HUJAN terbaru, 'Mencari Konklusi'.

Hujan bersama dua aktor utama, Scha & Fauzi Baadila (aktor Indonesia).