Ada menonton liputan 100% GEMPAK STARZ™ di siaran 715 Astro ANIMAX? Ter-miss?! Takper sebab korang boleh tonton di YouTube hasil usaha seorang kipas-susah-mati bernama Afiq Ehsan dari Cahaya Lensa Kreatif. Bahagian media GEMPAK STARZ™ sendiri pun tak tahu menahu lebih terperinci mengenai projek dia ni selain beri jer pelepasan sebagai media selama 3 hari kitorang 'berkampung' di ruang legar Sg. Wang KL. Ingatkan pelajar IPT buat projek semestar akhirnya... rupanya dia secara peribadi membuat liputan eksklusif 100% GEMPAK STARZ™ untuk di-upload ke YouTube. Trimas Afiq, memang ada potensi jadi pengarah visual berkaliber kelak! Kitorang akan sentiasa menyokong dari belakang. Yok tonton YouTube Afiq Ehsan (baru dapat tahu, dia ni adik Xanseviera rupanya!). Orait!~
MELODRAMA ARTIS GEMPAKSTARZ™!
Suntingan kerja Afiq memang best! Tak sangka kitorang leh tengok aksi² sempoi menggelikan hati artis² komik GEMPAK STARZ™ korang. Buat silap pun muka tetap maintain, memang sempoi! Ni kitorang reviu sikit gelagat diorang masa pelancaran 100% GEMPAK STARZ™ pada 21hb. November 2009 (Sabtu):
Intro baik punya! Ayour/Fakhrul Anour yang bukan main control pro membacakan teks ucapan perasmiannya, tak sengaja 'melatah' bila tercari-cari Jo sebagai artis pertama dipanggil naik ke pentas. Rupanya dah berdiri belakang dia! Apa daa...~ Mentang² la awek tu kecil jer, tak perasan la! >_<
Abang Zuan/Apoh memang takleh lari dari trademark lambaian ratunya. Ni mesti terpengaruh dengan telatah anak perempuannya (^_^...). Nak buat camner... he's the man! Kesayangan si cilik! Huhu... ^_^ (Xanseviera pun tak mampu buat ok!)
SESAT JALAN JUGAK...!
Walaupun dah berapa kali di taklimat & di susun belakang pentas, diorang tetap sesat! Tercari-cari character board masing², terutamanya abang Kenny yang bukan main beria-ia memastikan susunan character board sama ngan susunan artis² di belakang pentas. Last², dia pun sesat gak... Huhu! Memang cute habesss perangai korang ni! -_-"...

Orang pertama sesat di pentas 100% GEMPAK STARZ™! Brader Juice yang tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pembaca majalah GEMPAK™. Artis komik baru GEMPAK STARZ™ yang sememangnya berpotensi besar! Bab melukis komik dia takkan sesat, tapi naik pentas... boleh sesat! >_<
"Woi! Uncle Loong... mana mau pegi tu?! Karakter lu di sini la...!" Panggil abang Clay bila tengok Uncle Loong meng-usha karakter orang lain. Padahal masa dia masuk, character board dia betul² di sebelah.
Ha! Tengok abang Kenny korang... dia yang susun, dia sendiri tak tahu tempat dia susun karakter dia sendiri. Iyer la... dalam gambarajah cam kat kanan, naik pentas rupanya di kiri!
"Woi... apa tengok²?!" Tegur abang Clay agaknya bila abang Zint berdiri tertinjau-tinjau. "Saja tengok maa...!" Jawab abang Zint agaknya (padahal malu nak ngaku dia lupa jalan! Huhu...).
Ayour telah membuat jemputan khas, abang Tan Eng Huat/Kutu gelabah. Sepatutnya nama dia disebut dulu sebelum Zint... sekali bila nama dia disebut selepas Zint, naik pentas terus tak ingat mana karakter dia! (Jangan pandang belakang! Itu bukan karakter Batman la! Itu Clay punya karakter... ^_^)
Tak kiralah betapa feymes pun diorang ni sebagai artis komik, populariti takkan mampu mengubah sifat semulajadi diorang biarpun di khalayak ramai! They are just what they are... naturally 'funny' themselves!