GEMPAK STARZ @ Comic Fiesta
Comic Fiesta is back to town on 19th and 20th Dec 2009 @ Sunway Pyramid Convention Centre. Gempak Starz will be there for sure. Fed by fun filled performance, cosplay competition, autograph sessions etc; this will be the not-to-missed exciting event!
Do check out the special highlights as below:
Portfolio Review
Artist : Keith
Date : 19th Dec 09 (Sat)
Time : Available 12.00nn- 1pm
Venue : Portfolio Pavilion
Gempak Autography Session
Session 1
Artist : Keith
Date : 19th Dec 09 (Sat)
Time : 3- 3.30pm
Venue : Portfolio Pavilion
Session 2
Artist : Kaoru
Date : 20th Dec 09 (Sun)
Time : 3- 3.30pm
Venue : Portfolio Pavilion
Live Demo
Artist : Keith
Date : 19th Dec 09 (Sat)
Session: #4
Time : 4-5pm
Venue : Gempak Booth
Artist : Kaoru
Date : 20th Dec 09 (Sun)
Session: #6
Time : 11am- 12nn
Venue : Gempak Booth
Come and enjoy the blast in Comic Fiesta!
LIPUTAN 8KLUSIF: INTERVIU XKLUSIF OLEH PENULIS BARU GEMPAK™!
Melihat kehadiran ramai ikon² industri ACG dari seluruh dunia hadir sebagai panel MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Conference, tanpa membuang masa kitorang telah assign penulis baru GEMPAK™, Igniz membuat liputan. Dia yang mulanya memang kekok, maklum ler ini kerja pertamanya selepas tamat pengajian di Unisel, akhirnya berjaya menyakinkan diri mengambil gambar & mewawancara John Stevenson, pengarah 'Kung Fu Panda'. Pasni akan ada beberapa lagi interviu yang bakal dikendalikan cam bersama Eric Rollman (presiden Marvel Animation), Suresh Seetharaman (Spider-Man India) & Si-Bum Kim (characterline.com). Tunggu jer keluarannya di majalah GEMPAK™ isu 244 (15hb. Januari 2010). Orait!
Trimas kepada Joanna Ooi dari Weber Shandwick kerana berusaha merealisasikan interviu ni dengan kerjasama penganjur, MDeC. John Stevenson yang pada mulanya kelihatan letih selepas balik melancong di Batu Caves (siap kata "It was very hot!"), tampak cool & bekerjasama menjayakan sesi temuramah ni. Trimas John!
LIPUTAN 8KSKLUSIF: PENGALAMAN TURUN PADANG
Bukan mudah untuk seseorang terutamanya insan biasa macam kitorang ni berpeluang menyaksikan kehebatan dan kedahsyatan individu² terkenal dalam bidang industri kreatif beraksi kat padang. Tapi dalam tempoh 3 hari berada kat The Royale Chulan Hotel, pelbagai keunikan dan perkara yang selama ni sekadar menjadi khayalan kitorang berjaya dinyatakan oleh mata kepala sendiri!Bayangkanlah, walaupun badan penat berdiri sana sini sampai boleh sesat merantau kat ibu kota, tapi semuanya hilang bila dengar dan lihat sendiri pakar² industri animasi, komik dan permainan video berkongsi idea dan kreativiti.
Kita semua tahu yang Malaysia ni sebenarnya penuh dengan bakat² terpendam yang masih belum terserlah kehebatannya. Melalui persidangan macam ni kitorang dapat lihat dengan jelas bahawa harapan Malaysia untuk bergerak seiring dengan negara lain dalam bidang industri kreatif sangat cerah. Dewan persidangan yang sentiasa penuh, kerjasama yang tak pernah hilang di antara peserta tempatan dan luar negara serta tumpuan penuh sepanjang acara berlangsung cukup untuk membuktikan usul di atas.
LIPUTAN 8KLUSIF: EDITOR GEMPAK™ MODERATOR HARI INI!
Persidangan Isian Digital Kre8tif! MSC Malaysia (MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference) yang mula berlangsung pada 7hb. Disember 2009 menyaksikan penglibatan lebih 650 delegasi & ahli panel. Dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation/MDeC, ia menampilkan pameran² syarikat berkaitan, pemacu kerjaya & 3 kelas² master yang memfokus kepada pelbagai aspek produksi isian digital. Salah 1 daripadanya ialah sesi panel bertajuk 'Bringing Heroes from Pages to Eyeballs' (Membawa Hero daripada Media Cetak kepada Francais Agung) yang akan dikendalikan oleh Fakhrul Anour/Ayour sebagai ketua sesi panel (moderator). Ia dijadualkan berlangsung esok (9hb. Disember 2009) pada pukul 4 pm - 5 pm bertempat di Courtyard Royale Chulan Hotel, KL dengan 3 ahli panel berikut;Suresh Seetharaman
Perintis bersama & Presiden, Virgin Comics & Virgin Animation (Bangalore, New York)
*juga merupakan perintis bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Gotham Entertainment Group, penerbit komik terbesar di Asia Selatan. Dia mengawasi operasi antarabangsa termasuk produksi, pengedaran, promosi & jualan.
* Pengalaman jawatan yang pernah dipegang termasuk sebagai Naib Presiden Senior & Pengarah Eksekutif Clarion McCann serta Pengarah Kreatif Tempatan J Walter Thompson India. Dia gak merupakan Pengarah Perintis Creative Works, kedai-laris kreatif yang telah membangunkan & membina jenama² terulung di rantau Asia-Pasifik.
Di tahun 2005, Sharad Devarajan & Suresh Seetharaman bekerjasama dengan Gotham Chopra mencipta mitologi baru yang membawa kebangkitan semula dalam hiburan karacter India. Disertai kreativiti Deepak Chopra & Shekhar Kapur, mereka membentuk Virgin Comics di bawah kumpulan syarikat Virgin milik Sir Richard Branson.
Objektif Virgin Comics/Virgin Animation adalah mencipta pelantar bagi mempamerkan bakat kreatif terbesar yang telah mendominasi negara² Asia Tenggara. Mereka percaya dengan visi negara Timur berpotensi mengrevolusikan budaya industri hiburan.
Founder and CEO at Characterline Korea (Seoul)
• Beliau berkhidmat sebagai pensyarah tambahan perniagaan di Hanyang Business Graduate School & kini mengajar International E-Commerce, International Marketing for Culture Business, Character Planning & Creating di Hanyang University.
• Dia turun membangunkan program latihan Leadership Academy; menyelia kursus 'Intellectual Property Marketing' di KOCCA serta pembantu pengarang 2 buah buku; 'Introduction of Cultural Contents & Becoming CEO' dan 'Idea & Guts at Twenties'.
Dia merupakan perintis Characterline Inc. (http://www.characterline.com) yang mencipta, mengurus & memasarkan IP (Intellectual Property) termasuk karakter, animasi, komik, kartun, termasuklah perlesenan & barangan merangkumi cetak, penyiaran, online, bimbit & taman² rekreasi.Norman Abd Halim
President / Group CEO, KRU Studios
Dengan visi & kepimpinan strategik, dia telah menguasai kejayaan demi kejayaan, meletakkan kombinasi skilnya yang unik, bakat & kecerdasan perniagaan teruji. Pelbagai pencapaian tertingginya memungkin dia menerima anuerah Outstanding Entrepreneur Award in 2007 daripada Asia Pacific Entrepreneur Awards. Kini selepas lebih 15 tahun, beliau telah menganjak syarikat ke hadapan dalam dunia media & hiburan tidak kira secara domestik mahupun luar negara. Kepakarannya turut diperlukan oleh organisasi² lain yang secara tidak langsung refleks daripada peranan yang dipegangnya dalam pelbagai persatuan termasuk Naib Pengerusi Industri Rakaman Malaysia, Pengerusi Anti Cetak Rompak untuk Persatuan Penerbit² Filem Malaysia serta Lembaga Pengarah Festival Filem Antarabangsa KL & Persembahan Awam Malaysia.
9 tahun bergiat dalam Industri Komik Malaysia bersama Art Square Group di bawah label GEMPAK STARZ™, ini merupakan pengalaman pertama Ayour menjadi moderator sekaligus diperingkat global. Menyaksikan 3 nama besar dalam industri kreatif antarabangsa sebagai ahli panel yang bakal diketuainya, ia dilihat sebagai cabaran getir mendominasi pengetahuan dalam industri kreatif selama 9 tahun berbanding ahli² panel yang jauh lebih berpengalaman. LIPUTAN 8KSKLUSIF: IDEA DARIPADA DUA LEGENDA
Pagi tadi kitorang sertai pembentangan Keynote Address daripada dua tokoh animasi terkenal John Stevenson (Pengarah 'Kung Fu Panda') dan Eric Rollman (Presiden Marvel Animation).Majlis dimulakan dengan pengenalan tentang konsep merangka sebuah cerita animasi oleh Stevenson

Antara kunci penting yang diterangkan oleh beliau termasuklah 5 soalan utama;
1. Cerita itu kepunyaan siapa?
2. Apa misi utama cerita itu?
3. Siapa dan apa yang menghalang perangkaan cerita itu?
4. Apa kesannya jika cerita itu gagal?
5. Apa yang akan berubah jika cerita itu berjaya?
Beliau juga turut berkongsi tips tentang cara terbaik dalam menghasilkan idea dalam perangkaan sesuatu cerita animasi seperti teknik memerah idea dan diskusi.
Majlis kemudian disambung dengan pembentangan oleh Eric Rollman dan kandungan utama yang diketengahkan oleh beliau ialah produksi bersama di antara dua syarikat animasi.

Beliau menerangkan tentang proses pembahagian tugas dalam pembinaan animasi di mana setiap tugasan dijalankan secara berperingkat dengan persetujuan kedua-dua syarikat yang terlibat.
Beliau turut bermurah hati menayangkan sedikit sedutan animasi Wolverine & The X-Men dan Iron Man Armored Adventures.
Wolverine & The X-Men
Iron Man Armored Adventures
LIPUTAN 8KSKLUSIF: INTIPATI UCAPAN PERASMIAN KRE8TIF
Pelancaran hari ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporaion (MDeC). Penegasan dalam ucapan beliau termasuklah tujuan utama program ini dianjurkan iaitu untuk mendedahkan bakat terpendam rakyat Malaysia dalam bidang industri kreatif kepada nama² besar industri tersebut. Melalui perkongsian idea di antara mereka diharap industri ini dapat diperkembangkan di negara kita.
Beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadikan Industri Kreatif sebagai salah satu sumber ekonomi negara dengan meletakkannya di dalam Rancangan Malaysia ke-10. Maklumat dan isu-isu terkini berkaitan Industri Kreatif kini sedang giat dikumpulkan melalui pelbagai sektor dan agensi.
Pelancaran dilakukan bersama oleh YB Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, YB Datuk Badlisham Ghazali, Mr. Brendan Harken & En. Saifol Shamlan.
Antara kunci penting dalam usaha ini termasuklah:
1. Merangka Polisi Industri Kreatif di mana polisi tersebut bakal menentukan rangka kerja ekonomi yang mempengaruhi perkembangan industri terbabit.
2. Menubuhkan Dana Industri Kreatif dan menyediaan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi menampung segala kos aktiviti yang berkaitan.
3. Menubuhkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni dengan dana sebanyak RM3 juta.
LIPUTAN 8KSKLUSIF: PERSIDANGAN KRE8TIF PERTAMA MALAYSIA!

Pengarah filem animasi CGI box-office terbitan DreamWorks/Paramount, 'Kung Fu Panda' (2008) yang membentangkan kertas kerjanya berjudul 'Making of Kung Fu Panda' untuk Master Class #3 pada hari Isnin (7hb. Disember 2009), 4 pm - 6 pm. Difahamkan hampir seluruh delegasi/peserta mengikuti kelas ini. Esok (9hb. Disember 2009) pada pukul 9 am - 10 am, beliau akan menyampaikan Keynote Address kat Main Ballroom. Jangan ketinggalan!
Perintis, Pengerusi & CEO The 99 Comics daripada Kuwait yang pernah kitorang war²-kan dalam majalah GEMPAK™ 2 tahun lalu. Hari ini (9 am - 10 am) dia menyampaikan keynote kat Main Ballroom berjudul 'Creating The 99 - Islamic Content for the World'.
Dia merupakan presiden Marvel Animation yang bertanggung-jawab menghasilkan filem² animasi ke video Marvel cam Ultimate Avengers, Invincible Iron Man & yang akan datang 'Thor: Son of Asgard'. Esok (9hb. Disember 2009), beliau akan menyampaikan Keynote Address kat Main Ballroom pada pukul 9.30 am - 10 am.NOTA: Persidangan ni ada ramai lagi nama² besar dalam industri kre8tif bukan jer dari luar negara tapi gak dalam negara. Maklumat lanjut boleh disemak di laman web rasminya (klik logo MSC Malaysia Kre8tif di atas!). Orait!
