Cover - Alice In Wonderland


Tim Burton yang terkenal ngan garapan filem penuh dengan aura 'gelap' ala gothic seperti 'Edward Scissorhands' & 'Charlie & The Chocolate Factory' kembali lagi meneruskan tradisi tersebut ngan filem 'ALICE IN THE WONDERLAND'. Muncul ngan barisan pelakon cambest seperti Mia Wasikowska, Johnny Depp, Anne Hathaway & Helena Bonham Carter, ianya menjadi salah 1 filem yang ditunggu-tunggu bagi tahun 2010!

Grafik cambest kena lak ngan barisan pelakon meletoppp. Ramuan yang menjadikan filem Tim Burton sentiasa menjadi rujukan oleh para pembikin filem lain.

Alice yang kembali ke dunia Wonderland

Dalam ruangan Starlite ni, Fara akan huraikan dengan lebih lanjut di sebalik setiap karakter & pelakon yang terlibat dalam pembikinan filem 'ALICE IN WONDERLAND'. Jadi, dapatkan cepat Utopia™ 173 sekarang!

Starbrite Bersama Nick Jonas & The Administration


NICK JONAS & THE ADMINISTRATION!

Hai u'all! Camner ngan kehidupan memasing? We'all kat Utopia™ sihat sokmo. Kali ni salah 1 ruangan Starbrite membawakan NICK JONAS (salah sorang adik-beradik The Jonas Brother) bersama ngan band-nya THE ADMINISTRATION. Projek terbaru dari NICK JONAS & membuahkan album baru berjudul, 'Who I Am'.

Datang dalam pakej ber-genre-kan Soft Pop Rock yang ringkas tapi dilimpahi melodi catchy, NICK JONAS kali ni lebih bebas bereksperimentasi tanpa sebarang kekangan terutama dari abang-abangnya.

Nak tahu lebih lanjut pasal dia? Jangan tunggu Utopia™ 173 terbaru jatuh ke riba, lekas rembat kat book store berhampiran!

Sekarang!

p/s - U'all gak berpeluang merembat x10 album 'Who I Am' kat kontezz!

Terbaru!! MAY'N BIG WAVE 2010

Terbaru!!! MAY'N BIG WAVE 2010


Uish! Butiran penting konsert May'N dah disahkan!!!


Tempat: KL Live, Tingkat 1, Life Centre, 20 Jalan Sultan Ismail, KL
Tarikh: 07hb. Mac 2010
Masa: 8.00 malam
Masa Kemasukan: 7.00 petang
Harga ticket: RM 198/++ (pembelian awal) & RM 208/++ (pembelian semasa)

Nota: Semua tempat adalah free standing. Penjualan tiket adalah siapa cepat dia dapat!

Tiket dijual di:

SOGO Shopping Mall

KL Live

AnimeTech (semua cawangan Lembah Klang & Ipoh)

Laman web rasmi http://www.mayn.asia/ (klik 'Tour Information' & pilih 'MALAYSIA')

MULAI 9hb. Februari 2010

Apa tunggu lagi!!

p/s: Kalau korang ingat lagi, GEMPAK™ Isu 246 ada menghadiahkan sepasang tiket! Cubalah SMS sementara masih sempat!
Kalau korang selalu hadap Facebook, apa kata lawati http://www.facebook.com/maynasia

In this CNY....Book of Eli waiting you!


Come and find out more about Book of Eli in this CNY!


Starts your sms registration on 15th Feb.


Screening details as below:-

Date: 23rd Feb (Tue)

Time: 9 pm

Venue: TGV KLCC

Hall: 9

Ticket Redemption Time: 8 - 8.45pm

***Bring along your sms reply & cut-out token to redeem your movie ticket x 2.


For more info, pls refer to our in-house magazine - Gempak 245, Utopia 172 & Comic King 117.


See you there!

EKSKLUSIF GEMPAK™ BERTEMAKAN CINTA!

Tidak beberapa hari lagi Hari Cinta (Valentine) bakal diraikan oleh korang yang sudah berjanji untuk memberi keistimewaan pada insan yang dicintai @ mungkin tiba masanya meluahkan perasaan?! Ganbatte! Nak mood @ booster keyakinan diri? Kitorang cadangkan korang beli GEMPAK™ isu 246 sebab banyak isi kandungannya eksklusif membincangkan cinta daripada perspektif karya² ACG pilihan diorang.


Cayalah team editorial baru di bawah seliaan Editor baru diorang, Fey! Nak tahu apa komen bekas Editor yang kini dah jadi Ketua Editor yakni Ayour? Semak kat http://fakhrulanour.blogspot.com/2010/02/gempak-dengan-keyakinan-baru.html.

Isi kandungan surprise habessss!

• Artis Antarabangsa - KEITH ('Lawak Kampus' 'Wasabi') & KAORU ('Maid Maiden' 'Kaoru's Cake House') menjelaskan nilai cinta yang terselit dalam setiap karakter komik masing.

• Kolum baru dipanggil 'Kreatif' membawakan interviu eksklusif bersama Jordan Mechner, pencipta francais 'Prince of Persia' sempena filem adaptasinya yang bakal ditayangkan tahun 2010 ni.

• Artikel eksklusif Top 10 karya² cinta bagi setiap kategori Anime, Comic & Game/ACG pilihan Editorial GEMPAK™. Korang setuju? Takper, respons di sini & senaraikan pilihan korang!

• Sudah menjadi kelebihan Majalah Komik Generasi Baru menyampaikan yang terkini dalam industri ACG maka ada laporan 'Iron Man 2', 'Tekken Live Action', filem anime terbaru DoraĆ©mon & filem CGI baru akan datang berjudul 'Despicable Me' (?!).

• Rembat hadiah² eksklusif terutamanya 2 tiket menonton konsert May'n Asia Tour 2010 pada 7hb. Mac 2010. Orait!

100% GEMPAK STARZ_Bakat Baru Komik 2009

And again congrats to all the winner for Bakat Baru Komik 2009!
Here goes the video for all the winner Bakat Baru Komik 2009 :

KEWIBAWAAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Pada tarikh 28hb. Januari 2010 krew² GEMPAK STARZ™ telah diberi penghormatan apabila dijemput menghadiri suatu sesi yang cukup mengkagumkan bersama insan terbilang tanah air, Perdana Menteri Malaysia k-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia, kitorang dengan rendah dirinya (pada masa yang sama bangga) melabuhkan tubuh di salah satu kerusi khas untuk media & menanti bermulanya majlis yang dinamakan 'Bicara Perdana Bersama YABhb. Tun Dr. Mahathir Mohamad'. Tepat jam 2.45 petang, Tun tiba seperti yang dijanjikan. Benarlah seperti yang diperkatakan, Tun merupakan seorang yang sangat menepati masa!


Bersama-sama menyanyikan lagu 'Negaraku'

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' & diikuti dengan bacaan doa pembuka majlis. Kemudian sesi 'Bicara Perdana' dimulakan melalui ucapan serta hujah daripada Tun. Inti pati utama hujah beliau menyentuh aspek sejarah negara seperti kredibiliti Hang Tuah & kesultanan Melayu, zaman penjajahan British & Jepun, pergolakan dunia politik negara & bagaimana setiap satunya memberi impak kepada Malaysia sekarang. Tun juga menegaskan betapa pentingnya sejarah dijadikan iktibar untuk setiap keputusan serta langkah yang diambil oleh pemimpin & rakyat keseluruhannya.



Gaya seorang tokoh berhujah

Menuju ke sesi kedua bertajuk 'Sesi Dialog', penonton diberi peluang untuk mengajukan sebarang persoalan yang bermain di minda mereka berkaitan topik yang dibincangkan. Kerjasama yang diberikan penonton ternyata menggalakkan. Pelbagai soalan diajukan termasuklah soalan mengenai kewujudan Hang Tuah serta keperluan generasi muda mengikuti jejak langkah generasi terdahulu.


Santai tetapi penuh informasi!

Pada pendapat kitorang, pendedahan² sebegini oleh tokoh² negara sememangnya amat bermakna bagi rakyat terutama sekali melalui perkongsian idea antara satu sama lain. Kitorang pendekkan cerita, majlis 'Bicara Perdana' memang best!




Dari yang muda mahupun yang tua, semuanya fokus mendengar setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Tun.