100% GEMPAK STARZ™ PROMO KAT 8TV


Ada sesiapa yang tercicir menonton promo live 100% GEMPAK STARZ™ kat 8TV Quickie pada hari Rabu (18hb. November 2009) lepas jam 11.30 malam? Takper, korang leh tonton ulangannya kat laman web 8TV (http://www.8tv.com.my/) & klik kat menu Catch Up TV pastu The 8TV Quickie. Tapi sebelum tu, pastikan korang mendaftar sebagai ahli online 8TV(percuma jer!) pastu log in & barulah boleh menontonnya secara online!


Prem & Zher tak dinafikan pengacara berbakat besar! Diorang mampu handle 2 brader kita ni yang hampir² nak jadi snobbish!

Inilah wakil GEMPAK STARZ™ untuk promokan 100% GEMPAK STARZ™ di 8TV QUICKIE:
Nama? Fakhrul Anour... ^_^

Nama? Ka-Mail... sub-editor UTOPIA™! Tak lama lagi naik pangkat editor lak la dia! Opsss... terkepoh lak! ^_^

SEHARI LAGI MENUNGGU 100% GEMPAK STARZ™


Biarpun ada kipas-susah-mati yang rasa terkilan sebab tak dapat hadir memeriahkan karnival komik GEMPAK STARZ™ dengan konsep baru dipanggil 100% GEMPAK STARZ™, banyakkan bersabar & redha. Apa nak buat, belum ada rezeki untuk kita lepak bersama. Jangan bimbang, majalah GEMPAK™ pasti akan membuat liputan eksklusif khas untuk korang nanti dalam isu 242 (15hb. Disember 2009). Apa²-pun memandangkan tinggal sehari jer lagi nak berkampung di ruang legar Sungei Wang KL, segala persiapan sudah siap & salah 1 daripadanya ialah 21 papan karakter yang bakal menjadi salah 1 tarikan utama pengunjung. Ni dia kitorang tunjuk kat korang & ia baru sampai semalam! Kitorang pun dapat tengok sekejap jer sebelum ia dibungkus semula untuk di bawa ke lokasi pameran. Orait!

Ha! Korang tengok? Character board tu terlebih tinggi ke @ abang Kenny pendek? Haha! Di 100% GEMPAK STARZ™ nanti korang berpeluang untuk ambil gambar dengan mana² character board ni (dengan abang Kenny pun boleh...^_^). Jumpa di sana!


Pada 21hb. November 2009 ni nanti kira² jam 2.15 ptg, 20 daripada 21 papan karakter ni akan merasmikan pelancaran Karnival Komik Malaysia/MCC kepada 100% GEMPAK STARZ™ setelah ia diautograf oleh artis komik masing². Jangan terlepas menyaksikan acara spesel ni!

Starbrite 169 - Editors


EDITORS

EDITORS, sebuah band dilabel Post Punk membawa genetik muzik bersusur galurkan runut bunyi seperti Joy Division kini muncul ngan album ke-3 berjudul, 'In This Light and On This Evening'. We'all kat sini cam terkejut gak ngan pembaharuan sound yang muncul dalam album terbaru dey'all.


In This Light and On This Evening

Penggunaan synthesizer dalam kuantiti yang agak 'berat' membawa dimensi baru dalam hala tuju muzik EDITORS sendiri. Sama-sama kita check out seribu satu hal tentang EDITORS kat ruangan Starbrite Utopia 169!

Ayuh! U'all gak boleh rembat CD! Ada kontezzz cam biasalah!

Chris Brown In Utopia 169!


Kes CHRIS BROWN pukul Rihanna memang dah we'all semua sedia maklum. Tapi tu tak menghalangnya untuk terus mengambil langkah serba positif dalam kerjaya muzik. Starbrite kali ni menonjolkan CHRIS BROWN, artis versatil muncul ngan album baru cambest, 'Graffiti'.

Cam biasa, we'all kasi u'all semua peluang untuk rembat CD CHRIS BROWN! Dapatkan Utopia 169 di pasaran!

TEMUJANJI GEMPAK STARZ™ DENGAN 8TV QUICKIE

Orait geng! Karnival Komik Malaysia (Malaysia Comic Carnival 2009/MCC) tahun 2009 yang kini dikenali sebagai 100% GEMPAK STARZ™ semakin hampir. Tinggal 4 hari jer lagi untuk acara terulung kipas-susah-mati 'berkhemah' dengan artis² komik GEMPAK STARZ™ favourite masing² di Sg. Wang, KL pada 21hb. - 23hb. November 2009. Salah 1 rangka promosinya ialah bersiaran secara langsung kat kaca TV dalam program 8TV Quickie pada malam Rabu bertarikh 18hb. November 2009 ni. Nak tahu secara lisan pasal 100% GEMPAK STARZ™ (AMARAN: pastikan korang faham cakap omputih! ^_^), maka setkan temujanji kita depan kaca TV pada tarikh yang disebutkan ya! Nak jadikan cerita lebih menarik, GEMPAK STARZ™ gak menyumbangkan 5 set goodie-bags (beg cenderahati) untuk diberi kepada pemanggil yang bertuah (cakap bahasa Melayu pun boleh!). So, kalau korang kipas-susah-mati pastikan nonton ok? Orait!

Siapa yang akan mewakili GEMPAK STARZ™ bersiaran langsung ni? Siapa lagi kalau tak the poster boy, Ayour (aka Fakhrul Anour) yang fasih berbahasa Inggeris rojak mee! (Mat: Jangan dia ambil alih mengacara rancangan tu sudahlah...). Dia sorang jer, jadi korang nak bedal dia cukup² secara langsung pun bedal la. Yang penting promo 100% GEMPAK STARZ™ di 8TV Quickie jalan... semestinya!

COVER GEMPAK™ ISU SEDEKAD - CORETAN EDITOR

Siapa pun tidak pernah terfikir sambutan ulangtahun sedekad majalah GEMPAK™ di dalam Industri Komik Malaysia akan terus diraikan dengan kemenangannya meraih anugerah emas di MPA Magazine Award '09 baru-baru ini.


Cetusan idea pengarah kreatif merangkap salah seorang pengasas Art Square Creation Sdn. Bhd., Mr. Botak memberi mandat kepada Clay (salah seorang artis komik bebas GEMPAK STARZ™) menghasilkan semula kulit depan majalah GEMPAK™ isu pertama dengan imej baru. Disokong 100% oleh sidang editorial, ternyata ia merupakan idea emas!

Sememangnya kulit depan majalah GEMPAK™ isu 205 sangat istimewa sebab ia merupakan ulangtahunnya yang ke-10 di dalam Industri Komik Malaysia. Selama 10 tahun pelbagai cabaran telah ditempuhi, namun Alhamdulillah perjalanan Majalah Komik Generasi Baru ini masih terus diberkati.

Biarpun kipas-susah-mati yakni pembaca setianya silih berganti setiap tahun namun ia tetap tegar berbakti demi memartabatkan industri komik tanahair. Mendidik anak muda yang membacanya mengenai pelbagai isu semasa industri komik & segala yang bersangkut paut dengannya seperti mainan video, animasi serta filem.

Jika 10 tahun lalu, tiada siapa mahu mengambil serius akan industri komik tanahair langsung menilainya sebagai seni grafik yang tidak menguntungkan. Malah ketika itu ia hanya dilihat sebagai industri kreatif yang tidak membawa faedah, melekakan dan tidak menjanjikan masa depan. Tidak seperti industri kreatif lain seperti muzik dan filem yang biarpun dilabel sebagai melekakan namun tetap disebut menjanjikan kemewahan.

Hari ini, GEMPAK™ telah membuktikan komik bukan hiburan kosong semata-mata sebaliknya sebuah industri yang dapat membantu ekonomi negara jika kena dengan caranya. 10 tahun sudah majalah GEMPAK™ giat melaksanakan amanatnya tanpa rasa jemu dan hari ini perubahan ketara sudah dapat kita lihat. Kerjaya dalam bidang kreatif seni grafik kini sudah terbuka luas. Peluang pekerjaan tidak sekadar tertumpu dalam bidang periklanan malah sudah terbuka ke bidang seni komik, penulisan komik, pengilustrasi dan langsung terus peluang pekerjaan dalam industri mainan video serta animasi tanahair. Terpulang kepada percaturan sendiri untuk mengambil peluang yang ada atau terus was-was.

Industri kreatif bukan untuk mereka yang selesa dengan waktu kerjaya yang terhad. Seperti kerjaya komik, ia memerlukan kesetiaan dan tumpuan yang tinggi demi memastikan ia terus bertahan. Jika tidak mungkin kita akan melihat kepupusan industri komik kita suatu hari kelak dan komik-komik import terus menjadi keutamaan pembeli tempatan.

Cabaran dalam industri ini tidak akan pernah berhenti selagi wujudnya pelapis generasi kreatif yang cenderung menghasilkan komik. Lebih ramai lagi bagus, persaingan yang sihat dalam industri komik jangan dilihat negatif sebaliknya terus jadikannya sebagai bukti ia semakin maju.

Marilah kita bersama-sama giat menghasilkan komik-komik buatan tempatan. Jika dahulu para karyawan komik begitu bimbang dengan kebanjiran komik-komik dari luar negara yang dianggap meracuni periuk nasi mereka. GEMPAK™ ketika itu yang asyik melaporkan isu semasa komik luar negara dituduh lagi mahu membunuh industri kita. Tetapi hari ini tohmahan itu boleh diketepikan.

Kerana GEMPAK™ wujudnya penerbit-penerbit komik baru yang ingin turut sama bersaing. Malah Art Square Creation Sdn. Bhd. yang dahulunya sebuah syarikat penerbitan kecil yang gigih memasarkan GEMPAK™ kini sudah dilihat sebagai empayar komik tempatan bergelar GEMPAK STARZ™ di bawah naungan Art Square Group.

Di gedung-gedung ilmiah besar ibukota seperti MPH dan Kinokuniya menyediakan sudut luas untuk lebih 200 tajuk komik keluaran GEMPAK STARZ™ sahaja dan majoritinya hasil anak tempatan. Dengan jumlah produk komik sedemikian banyak, GEMPAK STARZ™ rela hati mengeluarkan modal hasilkan rak jualannya sendiri di kedai-kedai runcit termasuklah 7-Eleven dan MyNews.com. Objektifnya agar tidak menganggu ruang rak jualan bahan-bahan penerbitan yang lain.

Malah GEMPAK STARZ™ turut bekerjasama secara rasmi dengan penerbit-penerbit komik dari luar negara seperti Jepun, Korea, China, Thailand dan Taiwan dalam menerbitkan karya-karya luar negara secara sah di sini. Malah sebuah cawangan GEMPAK STARZ™ turut telah dibuka di Singapura awal tahun 2009. Semoga dengan cara ini kita dapat membuka jalan untuk melihat komik-komik kita juga mampu dipasarkan secara rasmi di luar negara. Ia sebagai menyahut seruan perkongsian industri secara global oleh ekonomi dunia. Semuanya demi memartabatkan Industri Komik Malaysia dengan caranya yang tersendiri.

Semuanya ini berlaku dalam tempoh 10 tahun sejak GEMPAK™ bertapak dalam industri. Jika tiada perubahan dalam 10 tahun ini, kemungkinan besar di saat ini industri mainan video mahupun animasi tempatan masih mencari udara untuk bernafas. Malah tanpa GEMPAK™, mustahil kita dapat menyaksikan setiap tahun artis komik kita diberi anugerah berprestij komik di luar negara.

Biar apapun kata orang, GEMPAK™ akan terus melaporkan isu semasa mengenai komik dan segala yang berkaitan tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Tidak cukup dengan itu, GEMPAK™ akan terus mengisi komik-komik buatan tempatan yang terunggul dan hanya pilihan yang terbaik untuk tatapan kipas-susah-mati.

Akhir kata dengan rasa rendah diri, biarpun isi kandungan GEMPAK™ mahupun individu dalam sidang editorialnya berubah, namun ia akan terus kekal dengan identitinya yang tersendiri, Majalah Komik Generasi Baru; berubah mengikut arus zaman namun nawaitunya tetap satu... KOMIK.

Yang Ikhlas,
Ayour
Editor GEMPAK™

SEHARI DI MPA MAGAZINE AWARDS '09


Kitorang nak berkongsi dengan korang sedikit pengalaman bersama-sama dengan para penggiat media cetak dalam menjayakan MPA MAGAZINE AWARDS kali ke-3 ni semalam (12hb. November 2009). Ia bertujuan mengiktiraf kerja² kreatif para penerbit majalah terutamanya sidang editorial yang bertungkus-lumus menjayakan majalah masing². Anugerah diberi berdasarkan kulit depan majalah yang mampu memberi identiti tepat kepada isi kandungannya. Hasilnya, kesemua cover kita diberi pengiktirafan. Alhamdulillah! Penganjur mengumumkan tahun depan diorang akan buka anugerah baru, Best Editorial Award. Orait!

Teks ucapan orang kuat yang menganjurkan MPA MAGAZINE AWARDS '09:

Adi Satria, pengerusi MPA (Pengarah Urusan Utusan Media Sales Sdn. Bhd.) memaklumkan bahawa keuntungan periklanan di dalam majalah semakin meningkat tahun ni & pelanggan seperti Sendayu Tinggi meraih profit daripada senario tersebut. Justeru beliau menyeru lebih ramai pelanggan iklan melihat kemampuan media cetak terutamanya majalah membantu jualan produk mereka & tidak semata-mata berharap kepada media elektronik seperti TV.




Buku mini MPA MAGAZINE AWARDS '09 yang diedarkan secara percuma kepada para jemputan. Ia mengisi semua majalah yang tercalon dalam kategori masing² termasuklah GEMPAK™ & ELEMEN™ (kategori remaja/kanak² berbahasa Melayu).

Albbie, sub-editor COMIC KING™ dengan bangga menayangkan cover majalahnya yang tercatat dalam buku mini MPA MAGAZINE AWARDS '09.

Terbukti acara anugerah ni semakin mendapat perhatian biarpun baru kali ke-3 ia dianjurkan. Pembabitan ahli media semakin meningkat & kali ni ia mula menjadi pendedahan kepada pelajar² IPT terutamanya yang khusus dalam bidang berkaitan.

Sebahagian ahli keluarga GEMPAK STARZ™ yang hadir meraikan kejayaan memenangi semua kategori yang dipercalonkan dalam MPA MAGAZINE AWARDS '09.