Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

GEMPAK STARZ™ d'SEKOLAH SRI NOBEL

Selasa (26hb. Januari 2010) - Hari ini Ayour (Fakhrul Anour) ditemani Fara (pembantu bahagian Media GEMPAK STARZ™) & Joi (penulis GEMPAK™) dijemput menjayakan Program Minggu Kerjaya di Sekolah Sri Nobel, SS5D/6 Kelana Jaya. Trimas kepada pengetua & para guru yang begitu ramah melayan kerenah kitorang sepanjang berada di sana. Program yang berlangsung setengah hari (10.30 pagi - 12.30 tengahari) di dewan serbaguna sekolah ini turut mendemonstrasikan kerjaya hairstylist & juga bakery masing-masing dengan menjemput wakil profesional. Kehadiran GEMPAK STARZ™ boleh la dianggap kunjungan balas sebab tahun lepas Sekolah ni pernah melawat ofis kitorang. Trimas sekali lagi!

Pelajar² di Sekolah Sri Nobel masing² begitu mudah berinteraksi & memberikan kerjasama dalam program ni. Ternyata diorang contoh pelajar yang bijak & mampu berdikari. Syabas kepada tenaga pendidik! Kagum dengan usaha sekolah ni dalam mendedahkan pelbagai kerjaya kepada penuntutnya.

Dipamerkan gak beberapa contoh² komik hasil terbitan GEMPAK STARZ™.

Ayour menggunakan kesempatan ni berkongsi pengalaman 9 tahunnya sebagai penyunting, penulis, jurnalis & artis komik serta pencapaian-pencapaian yang pernah dikecapinya sepanjang bersama GEMPAK STARZ™. Menurutnya, biarpun merupakan pemegang diploma & ijazah dalam aliran sains namun itu tak menjadi faktor untuk dia tidak menggapai impian kariernya. Baginya yang penting adalah tekad usaha & mesti sentiasa kreatif menangangi cabaran serta memantapkan karier. Malah dia gak berkongsi pengalaman peribadinya sebagai pelakon & penyanyi tak jadi... peh! (kitorang tak tau pun?!)

Sememangnya pelajar² di Sekolah Sri Nobel melahirkan generasi yang berkeyakinan & berani bertanya. Masa Ayour tengah lepak dengan pengetua, adik ni datang bertanya adakah Ayour terlibat dalam rekaan Avatar? Ayour cuma kata ada melukis karakter Avatar sendiri & di-upload kat blog Fakhrul Anour. Hehe! (sesuka hati jer Ayour ni promote Avatar-nya sendiri! Kan dah confuse adik ni... ^_^)