
Bukan mudah untuk seseorang terutamanya insan biasa macam
kitorang ni berpeluang menyaksikan kehebatan dan kedahsyatan individu² terkenal dalam bidang industri kreatif beraksi
kat padang. Tapi dalam tempoh 3 hari berada
kat The Royale Chulan Hotel, pelbagai keunikan dan perkara yang selama
ni sekadar menjadi khayalan
kitorang berjaya dinyatakan oleh mata kepala sendiri!
Dari kiri; Si-Bum Kim (Pengasas & CEO Characterline Inc., Korea), Fakhrul Anour @ Ayour (Editor GEMPAK™ & UTOPIA™) & Norman Abdul Halim. (CEO KRU Studios)
Bayangkanlah, walaupun badan penat berdiri sana sini sampai boleh sesat merantau kat ibu kota, tapi semuanya hilang bila dengar dan lihat sendiri pakar² industri animasi, komik dan permainan video berkongsi idea dan kreativiti.
Dari kiri; Suresh Seetharaman (Pengasas & Presiden Virgin Comics & Virgin Animation, Bangalore, New york), Si-Bum Kim (Pengasas & CEO Characterline Inc., Korea) & Norman Abdul Halim (CEO KRU Studios).
Kita semua tahu yang Malaysia ni sebenarnya penuh dengan bakat² terpendam yang masih belum terserlah kehebatannya. Melalui persidangan macam ni kitorang dapat lihat dengan jelas bahawa harapan Malaysia untuk bergerak seiring dengan negara lain dalam bidang industri kreatif sangat cerah. Dewan persidangan yang sentiasa penuh, kerjasama yang tak pernah hilang di antara peserta tempatan dan luar negara serta tumpuan penuh sepanjang acara berlangsung cukup untuk membuktikan usul di atas.
Dunia dah saksikan kejayaan demi kejayaan tercipta dan kesinambungan dalam mengekalkan rentak kemenangan sentiasa dijaga, walaupun hampir keseluruhannya dikecapi oleh negara luar. Mungkin ramai yang tertanya², "Bila pula Malaysia nak menang? Bila Malaysia nak hasilkan karya yang gah macam negara luar?". Percayalah kawan², hari tu bakal tiba.
Dengan pelbagai rancangan masa depan dan kemungkinan² yang boleh diwujudkan melalui persidangan ni, peluang untuk mara ke hadapan terbuka luas. Tiada lagi istilah jalan mati bagi industri kreatif negara kita. Kini jalan semuanya sedang dibina dan bakal siap dalam sekelip mata.
Banyak benda kitorang nak cerita sebenarnya, tapi tak best-lah kalau semuanya diluahkan kat sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang persidangan ni, nantikan Gempak™ isu akan datang!