Yellow Jo


Jo is currently drawing a two pages short comic for Digi MMS contest, want to see Jo's interpretation of the yellow man? Check out Utopia issue 159 and remember to participate in the MMS contest to win attractive prices.

PERGINYA SEORANG LEGENDA MUZIK DUNIA!

Bangkitnya kita di pagi Jumaat (26hb. Jun 2009) dikejutkan dengan kematian legenda muzik dunia, Michael Jackson/MJ. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 2.26 pm (21:26 UTC) akibat serangan jantung kat UCLA Medical Center. Kejadian bermula di pagi Khamis (25hb. Jun 2009) apabila beliau tiba-tiba tumbang di rumah sewanya kat Holmby Hills, Los Angeles disaksikan oleh pakar fizik peribadi beliau. Ketika beliau tiba di UCLA Medical Center kira² jam 1:14 pm (20:14 UTC), beliau masih koma sebelum meninggal dunia kira² sejam kendian. Hari ni autopsi ke atas jasadnya dijalankan di pejabat koroner LA kat Boyle Heights.

MJ sepatutnya dijadual mengadakan siri konsert kat O2 arena di London bermula 13hb. Julai 2009 - 6hb. Mac 2010. Tiket sudah pun habis dijual & menurut Randy Philips (Ketua Eksekutif & presiden AEG Live) memaklumkan jualan tiket 10 tarikh pertama persembahan tersebut dijangka membawa keuntungan £50 juta kepada MJ. Tapi kini, hanya muzik MJ akan terus berkumandang menghidupkan era super legenda MJ sampai bila² namun kita akan terus merindui persembahan beliau serta gerak tarinya yang tak lekang dek panas & tak lapuk dek hujan.

P/S: MJ merupakan idola ikon keamanan dunia yang akan terus dikagumi. Beliau sentiasa terus diingati melalui lagu² beliau yang mencerminkan seruan anti perkauman, anti peperangan & anti perosak alam sekitar. Tiada yang dapat melakukannya dengan penuh gaya tersendiri sebaik MJ. Ikuti paparan eksklusif MJ daripada majalah UTOPIA™ dalam isu 159 (1hb. Ogos 2009) & isu 160 (15hb. Ogos 2009). Hanya untuk super legenda industri muzik dunia!

UTOPIA™ ISU TERBARU KINI DI PASARAN!

UTOPIA™ isu 158 (15hb. Julai 2009) kini sudah pun berada pasaran. Apa lagi! Rembat cepat u'all & dapatkan CD percuma Irwansyah eksklusif dengan autografnya sekali.
Selain menikmati komik² cambest GEMPAK STARZ™, u'all gak boleh rembat CD band indie; BEN'S BITCHES ('Mamak Conspiracy') & PURE VIBRACION ('Love & Peace'). Tak cukup ngan tu, ada gak kontezz memenangi barangan² eksklusif 'ICE AGE 3: DAWN & THE DINOSAURS'. Selain tu kupon tayangan percuma filem adaptasi francais mainan 'G.I.JOE: THE RISE OF COBRA' & filem aksi lakonan John Travolta, 'THE TAKING OF PELHAM 123'. Siapa cepat dia dapat!

KESILAPAN TEKNIKAL

Terdapat kesilapan pilihan jawapan dalam kontezz rembat DVD 'LOST & FOUND' ni sebab jawapan B & D dah hilang! Jadi sesiapa yang terbaca blog ni sila amik perhatian & sebarkan kat kawan² lain. We'all akan ulang siar kontezz ni di UTOPIA isu 159 (1hb. Ogos 2009) & kepada yang sertai kontezz di isu ni gak, we'all masih consider penyertaan u'all tapi jawapan yang tepat hanya peminat 'LOST & FOUND' jer tau. Kalau tahu beri jawapan namanya & tak perlu A, B, C @ D dah... ok? Orait! ^_^

UTOPIA™ & MALAM PESTA INDONESIA 3

Pada 20hb. Jun 2009 (Sabtu) lalu we'all turun ke Bukit Jalil (Car Park A) bagi membuat liputan 'iTalk ROCKS FESTIVAL MUZIK PESTA MALAM INDONESIA 3' anjuran Fat Boys Record Sdn. Bhd. di bawah tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM). Ia berlangsung daripada jam 10 am hinggalah ke lewat malam dengan persembahan band popular Indonesia dengan 2 band tempatan sebagai pembuka tirai iaitu Aku & Jinbara. Nak tahu liputan selanjutnya, jangan lupa dapatkan UTOPIA™ isu 159 (1hb. Ogos 2009). ^_^

Dibawakan khas dari Indonesia, Sheila On 7! Selain dey'all ada Andra & The Backbone, Dewa19, Padi & Gigi.


Tiket konsert ni bernilai RM63 seorang yang disertakan sekali dengan iTalk Mobile Dialer percuma, iaitu kad IDD untuk panggilan antarabangsa termurah.

UTOPIA™ DI ROCKAWAY '09

ROCKAWAY '09 yang bertempat di Capsquare KL (Dang Wangi) berlangsung dengan jayanya pada 20hb. Jun 2009 (Sabtu) lepas. Terbukti band² indie tempatan ada kelompok peminat yang ramai! Persembahan yang berlangsung selama 9 jam tanpa henti ni mencatatkan 1 lagi rekod terbaik konsert band indie di Malaysia. Tahniah kepada pihak penganjur (JACK n' JILL ROLLERCOASTER) & untuk maklumat lanjut u'all jangan lupa rembat UTOPIA™ isu 159 (1hb. Ogos 2009). Ada lagi eksklusif tau! ^_^


PENULIS BARU UTOPIA™ d'ROCKAWAY '09
Memperkenalkan penulis baru UTOPIA™, SHYLAH yang menggantikan JEN yang kini menyambung Master Mass Com kat UPM (tapi dia masih buat freelance untuk artikel² favourite-nya!):


Apa yang eksklusif dalam liputan ROCKAWAY '09 di UTOPIA™ isu 159 nanti? Ya! Interviu eksklusif bersama band² yang perform di sana (termasuklah Pop Shuvit ni! ^_^) & ditulis sendiri oleh SHYLAH! Nantikan yah!

'TRANSFORMERS 2' GEGAR BOX OFFICE GEMPAK STARZ™

Esok (24hb. Jun 2009) merupakan hari bermulanya tayangan filem 'TRANSFORMERS 2: REVENGE OF THE FALLEN' secara rasmi seluruh Malaysia. Tetapi buat 110 orang kipas-susah-mati yang membaca GEMPAK™, UTOPIA™ & COMIC KING™ menjadi antara rakyat Malaysia yang pertama bertuah menonton filem tersebut 3 hari lebih awal (& secara percuma lak tu!). Yang pasti filem ni merupakan sekuel yang menjanjikan box-office cambest!


Trimas & tahniah kepada kipas-susah-mati yang bertuah menonton filem ni melalui keratan token di majalah² GEMPAK STARZ™ (GEMPAK™, UTOPIA™ & COMIC KING™). Lagi² yang daftar kat isu keramat (sebab tersalah tahun!) GEMPAK™ isu 230.


Dengar citer ada orang perasan logo ni dalam filem 'TRANSFORMERS 2: REVENGE OF THE FALLEN'. Ada sesiapa lagi perasan?!

STCC2009 KEMBALI LAGI & GEMPAK STARZ™ DI SANA!

Masih ingat dengan penyertaan GEMPAK STARZ™ masa SINGAPORE TOY & COMIC CONVENTION (STCC) 2008 (sila rujuk GEMPAK™ isu 211 - 01/09/08 kalau tak ingat)? Ya! Tahun 2009 ni kitorang join lagi dengan lagi imbuhan² cambest. Jadi kepada yang ke Singapura & gak orang Singapura yang mengikuti GEMPAK STARZ™, apa lagi dik oiii... yok kita meriahkan STCC2009.


KENANGAN STCC2008:

Jumpa Pete Fowler!

TO-FU Oyako pun ada!

Sempat lagi GEMPAK STARZ™ mencari bakat² artis komik di Singapura.

NOVEL RINGAN TERBARU GEMPAK STARZ™

Selepas menghasilkan karya novel ringan berjudul 'KAORU'S CAKE HOUSE: 143' dengan hiasan² ilustrasi oleh Kaoru, kini Fakhrul Anour kembali lagi dengan novel ringan 'PENTAS REALITI'. Tarikh keluaran masih belum ditetapkan jadi tunggu jer pengumuman seterusnya kelak!

Novel ringan ni akan menampilkan lebih 20 artworks eksklusif terbaru Fakhrul Anour.

'THE ROCKETTS' - INDIE BAND BARU DI OPIS GEMPAK STARZ™

Hari ni (17hb. Jun 2009) opis GEMPAK STARZ™ dikunjungi oleh indie band yang sudah bertapak sejak tahun 2004 & dah buat gig sampai ke Indonesia tu beb! Menggelar group dey'all sebagai ROCKETTS, dey'all sudah pun siapkan AP untuk dikongsi bersama u'all. Nak tahu pasal dey'all lebih lanjut & mungkin dapat EP percuma? Dapatkan UTOPIA™ isu 160 (15hb. Ogos 2009).

Update for TRANSFORMERS:REVENGE OF THE FALLEN PREMIER SCREENING

Dear all,

Sorry informed that SMS registration for Premier Screening of TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN - Already FULLED on 15 June, 12.06 am.

Anyway, thank you !

Post Event Pix - GEMPAK STARZ Comic Artists @ MSC Malaysia IPCC Digital Interactive Comic Workshop 2009

Participants have learned a lot and gained many useful tips during the IPCC Workshop held on Sunday, 14th June 2009 at CITITEL Hotel, Mid Valley. The workshop organized by GEMPAK STARZ and MDeC, MSC Malaysia with the presence of Ayour, C2V and Puyuh as the 3 speakers.


Ayour (one of the IPCC Comic Category Judges) giving interesting glimpse on the Malaysia Comic Industry to the audience.


C2V presented “How to Create An Authentic Comic World”, leaving the audience entranced with the ambition and dream as a comic artist!


C2V’s life when drawing Gengkey for GEMPAK.


C2V’s Gengkey published by GEMPAK STARZ into a graphic novel.


Puyuh & his partner, Khor Phiek Hoy (year 2008 IPCC Comic winner) educating the audience on “Experience on IPCC Project – from Ideas to Presentation”.



Answering some questions from the ground.


Mohd Nur Iman Mohamad @ Popia (year 2007 IPCC Comic Winner) sharing his experience and giving tips on “Doing It Right”.


The audience listen attentively for useful tips and experiences by the speakers.

AGEHA HANTAR KOMIK BARU!

Hari ni AGEHA datang ke pejabat GEMPAK STARZ™ untuk hantar karya terbarunya berjudul 'SHOOTER' (PENEMBAK) untuk majalah.... beli jer GEMPAK™ @ UTOPIA™ akan datang. Dia ditemani oleh MR. CHILDREN!

Inilah komik on-shot terbaru Ageha! Diwarnakan sendiri oleh Ageha menggunakan Adobe Photoshop.
Ageha seperti biasa bila dah hantar artwork, akan dapat majalah percuma isu² terkini GEMPAK™, UTOPIA™ & COMIC KING™. Cek bayaran artwork tunggu sebulan lagi ya friend! ^_^
Mr. Children tengah melukis ke? Hmm... artwork terbaru ke ni? Ke datang teman Ageha jer? Jangan lupa Mr. Children... sahut cabaran sertai IPCC 2009 Comic Digital tau!

HASIL KARYA TER-LATEST JUICE

Dulunya dia terkenal sebagai Norman. Tapi selepas 2 tahun menghilang & berkhidmat dengan penerbit lain, dia kembali semula dengan GEMPAK STARZ™ sebagai JUICE! Yessaaa! Korang pasti nak tahu apa perkembangan terbarunya? Dia sekarang sedang menyiapkan sebuah komik bersiri dengan jalan cerita yang canggih! Jalan cerita idea asal oleh Mr. Botak, mesti top-lah! Insya-Allah tak lama lagi kitorang dapat paparkan interviu eksklusif bersamanya dalam kolum Artis Antarabangsa majalah GEMPAK™.

JUICE bukan main bersungguh-sungguh hasilkan karya ni sampai tak sempat nak mandi (Errr... ^_^! Gurau jer!!!). Yang penting memang kitorang respect ngan karya terbaru dia ni. Bukan senang nak tengok dia berdedikasi camni! Ganbatte JUICE!

Hint cerita? Journey To The West... Opsss! Maaf la geng... kitorang takleh dedah over sangat. Sebab melihat dengan mata kepala sendiri, hasil karya ni memang canggih & surprise terbaik buat kipas-susah-mati GEMPAK STARZ™ & JUICE.

Ini komen JUICE tentang alatan melukis yang digunakan!
A
• Lebih gemar menggunakan mata G-Pen sebab lebih selesa berbanding School Pen. Matanya senang mencorakkan kelebaran dakwat atas kertas kerana kelembutannya mencangkah. 3 set mata pen ni bernilai RM10 jer!

B
• School Pen ni mata pennya agak keras untuk mencangkah & susah turun dakwat. Tapi kalau korang 'budak baru belajar', penggunaan pen ni sangat digalakkan (kata JUICE!).

C
• Untuk lukisan background yang memerlukan lukisan terperinci, JUICE menggunakan Mapping Quill dengan mata penanya yang lebih halus. Tapi kata JUICE "Memang susah nak guna! Kena banyak bersabar!"

D
• JUICE hanya menggunakan warna acrylic hitam & putih jenama Holbein! Warna nilah yang dicelup dengan pen lukisan G-Pen!

Can’t Miss this…….. Premier Screening of

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN



Let’s Transform! To have this premier screening ticket, faster register as Gempak Starz member and join this contest, stay a chance to enjoy this special privilege with us!

For more details, can refer to our in-house magazines: Gempak (15th June), Utopia (15th June) and Comic King (1st June)

Your STEP:-

1) Register as Gempak Starz member (for non-member)

2) Starts your SMS Registration on 15th June (first come first serve basic)

3) Redeem your ticket from us during the screening date. Details as below:-

Screening Details:-

Date : 22nd June (Mon)

Time : 9pm

Venue : GSC Mid Valley

Hall : 3

Ticket Redemption Time: 7.15 – 8pm

* Together with your cut-out token & SMS reply

Strictly no handphones, PDAS, Laptops or electronic devices are permitted into the cinema.


GEMPAK STARZ Comic Artist @ MSC Malaysia IPCC Digital Interactive Comic Workshop 2009



Come and experience the MSC Malaysia IPCC Digital Interactive Comic Workshop with the presence of GEMPAK STARZ comic artists (Ayour, C2V and Puyuh) as the 3 speakers!!

Listen for the tips from the industry experts in comic industry
Learn on industry/market needs and demand
Learn the magic behind a comic book artist on how to create a believable comic world.
Experience sharing from the experienced on how to work to work on project such as IP Creators Challenge

Totally F.O.C! Don’t miss out this once in a million chance! How to join? Just register your attendance at salimah@mdec.com.my before 13th June!

Comic + Recycle Bag


To help save our environment, GEMPAK STARZ has come out with a series of recycle bags for our readers and comic lovers out there.
This first batch of recycle bags will be available during our coming events.

KESILAPAN TEKNIKAL GEMPAK™ isu 230; 2008 itu 2009!

Setiap daripada kita memang tak lepas daripada melakukan kesilapan, begitu gak sidang editorial GEMPAK™ termasuklah pereka-grafiknya yang bikin cover GEMPAK™ isu 230 (15hb. Jun 2008) yang sebenarnya untuk keluaran 15hb. Jun 2009. Jadi kepada sesiapa yang terkeliru dengan isu ni samada ia isu baru @ lama, alkisahnya ia tetap isu baru... setahun lepas dengan isian setahun kemudian. ^_^

GEMPAK STARZ™ DALAM 'THE SYNCHRO PSYCHO SHOW!'



Meh kita saksikan beramai-ramai interviu eksklusif web TV 'THE SYNCHRO PSYCHO SHOW!' episod ke 7 'Flip It Read It - Malaysian Magazines'. Ada interbiu bersama Fakhrul Anour (Ayour) & Keith selain majalah sk8boarding 'Revolution' & majalah rockers 'ROTTW' serta band 'Estranged'. Horeyyyy!

Inilah pengacaranya yang memang 'soul' habesss dengan kerja diorang. Tabik springgg!