PARANORMAL ACTIVITY - Experience It For Yourself



"A film you must see in theaters" (Rope of Silicon) is Now Playing in Malaysia

Screening will be held on 7 Jan 2010

COME AND EXPERIENCE IT WITH US
Date: 7 Jan 2010
Show Time: 9:30pm
Venue: Cathay Cineplex, The Curve
Ticket Redemption time: 8:00pm - 8:45pm

Get our major comic magazines now and get your pass to experience it
-Gempak 244 (15 Jan 2010 issue)
-Utopia 170 (15 Jan 2010 issue)
-Comic King 116 (1 Jan 2010 issue)

Registration is open Tonight, 1 Jan 2010

HAPPY NEW YEAR!!!!

100% REVIU: PEDANG SETIAWAN

Kepada korang yang turut serta di 100% GEMPAK STARZ™ yang berlangsung pada 21hb. - 23hb. November 2009 lalu, pasti terliur tengok sepasang pedang canggih yang tak asing lagi buat kipas-susah-mati siri komik 'PEDANG SETIAWAN' oleh Ma Wing Shing. Masa kitorang tayangkan pedang² ni, filem sekuel 'Storm Riders' iaitu 'Storm Warriors' belum lagi ditayangkan tapi pedangnya dalam saiz asal sudah pun terpamer eksklusif di 100% GEMPAK STARZ™.


Lagi cambest bila pedang² ni bukan jer untuk pameran tetapi gak untuk kipas-susah-mati melalui SMS contest anjuran Golden Screen Cinema/GSC. Keputusannya siapa menang? Hmm... tu kena semak ngan GSC. Nanti kitorang war²-kan ya! ^_^

100% REVIU: TUNJUK AJAR KU SIFU!

Ya! Demam 100% GEMPAK STARZ™ masih diteruskan kat laman blog GEMPAK STARZ™. Banyak lagi imbasan kenangan yang tak dapat kita lupakan ya kengkawan. Salah 1 daripadanya ialah sesi memperturunkan ilmu oleh artis² komik pojaan korang. Ini merupakan salah 1 daripada segmen penting di gerai Komik Klassroom sepanjang berlangsungnya karnival komik 100% GEMPAK STARZ™ ni. Bertuah korang yang dapat tunjuk ajar sifu Zint, Keith & Kaoru!

ZINT


KEITH


KAORU

Starlite 170 - Owl City

ADAM YOUNG a.k.a OWL CITY

Siapa lak mamat ni? Peria 'burung hantu' ke? Apa kaitan burung hantu ngan dia? Kali ni Starlite nak buat post-mortem tentang seorang artis yang datang dari bumi Amerika, OWL CITY. Lelaki muda yang mengidap penyakit insomnia ni meletup selepas me-release EP-nya kat laman sesawang MySpace berjudul, 'Of June'.

Populariti mencanak anak muda yang tak reti nak tidur malam ni mendapat perhatian dari pendengar seantero dunia. Datang dari susur galur muzik Syth Pop yang kedengaran lebih kurang ngan band Postal Service, Adam Young membawa 'nafas segar' dalam seni suara muzik anak muda. Bertindak sebagai singer songwriter, ADAM berjaya 'menzahirkan' bunyian yang matang serta pada masa yang sama sangat catchy ngan bait-bait lirik penuh puitis datang dari inspirasi tanpa tidur. Woahh!

U'all mesti check out story pasal OWL CITY. Sebab apa? Haa... meh abang Pjoe habaq mai. Sebab kat ruangan kontezz u'all berpeluang memenangi henfon bernilai RM500 ringgit serta barangan cambest bernilai RM200 sumbangan Universal Music Malaysia (again, thanks to Azri!).

U'all gak berpeluang memenangi album terbari OWL CITY, 'Ocean Eyes'!

Lepas ni, rajinkan diri jenguk ke bookstore berdekatan coz bebila masa dari skang Utopia™ 170 akan muncul! Rembat jangan tak rembat!

Dato' Khatijah Ibrahim In Da House!


Kolaborasi 2 artis legenda hidup!

Pada 4hb Disember 2009 lepas, Fara & Shylah berkesempatan memenuhi undangan menghadiri Konsert 'An Evening With DATO' KHATIJAH IBRAHIM' di Persada Johor, Johor International Convention Centre (JICC), JB. Johor.

Ikon, diva serta idol pujaan ramai yang cambest popular circa era 70'an ni menggegarkan pentas & dewan JICC sambil mengubat rindu para peminat setianya yang datang dari pelosok berbagai lapisan umur, bangsa & juga masyarakat. DATO' KHATIJAH IBRAHIM ni bolehlah we'all kategorikan sebagai legenda hidup yang bervokal power, evergreen serta mampu membangkitkan memori lama para generasi terdahulu menyaksikan konsert yang turut menampilkan Papa Rock, Ramli Sarip. Tak ketinggalan membuat penampilan bersama adalah Jay Jay.


Jay Jay dengan 'Joget Angan Tak Sudah'

Biarpun umur mencecah 50 tahun, aura serta kehebatan DATO' KHATIJAH IBRAHIM sebagai performer cambest telah meletakkan beliau dalam kelasnya tersendiri. Jadi jangan ketinggalan dapatkan Utopia™ 170 untuk mendapatkan liputan serta gambaran jelas tentang konsert ni! Ewahhhh!

Untuk Tatapan U'all, 3OH!3



30H!3

Ni dia artis terbaru yang meletoppp tebaboo kat MySpace music pada tahun 2009. Duo yang berasal dari Boulder, Colorado ni menzahirkan idea muzik dey'all dalam bentuk genre Elektronik Pop yang agak catchy ngan lirik serba nakal tentang hubungan & idea tentang perjalanan hidup serta lifestyle cambest dey'all.

Ikuti cerita tentang album baru dey'all serta kolaborasi bersama penyanyi cun & femes ngan 'kenakalannya', Katy Perry. Jadi kat sini we'all ambik kesempatan menguarkan tentang dey'all yang akan muncul dalam ruangan Starbrite bagi Utopia™ 170!

GEMPAK STARZ @ Comic Fiesta

One of the Happenings in this joyous month!

Comic Fiesta is back to town on 19th and 20th Dec 2009 @ Sunway Pyramid Convention Centre. Gempak Starz will be there for sure. Fed by fun filled performance, cosplay competition, autograph sessions etc; this will be the not-to-missed exciting event!

Do check out the special highlights as below:
Portfolio Review
Artist : Keith
Date : 19th Dec 09 (Sat)
Time : Available 12.00nn- 1pm
Venue : Portfolio Pavilion

Gempak Autography Session
Session 1
Artist : Keith
Date : 19th Dec 09 (Sat)
Time : 3- 3.30pm
Venue : Portfolio Pavilion

Session 2
Artist : Kaoru
Date : 20th Dec 09 (Sun)
Time : 3- 3.30pm
Venue : Portfolio Pavilion

Live Demo
Artist : Keith
Date : 19th Dec 09 (Sat)
Session: #4
Time : 4-5pm
Venue : Gempak Booth

Artist : Kaoru
Date : 20th Dec 09 (Sun)
Session: #6
Time : 11am- 12nn
Venue : Gempak Booth


Come and enjoy the blast in Comic Fiesta!

LIPUTAN 8KLUSIF: INTERVIU XKLUSIF OLEH PENULIS BARU GEMPAK™!

Melihat kehadiran ramai ikon² industri ACG dari seluruh dunia hadir sebagai panel MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Conference, tanpa membuang masa kitorang telah assign penulis baru GEMPAK™, Igniz membuat liputan. Dia yang mulanya memang kekok, maklum ler ini kerja pertamanya selepas tamat pengajian di Unisel, akhirnya berjaya menyakinkan diri mengambil gambar & mewawancara John Stevenson, pengarah 'Kung Fu Panda'. Pasni akan ada beberapa lagi interviu yang bakal dikendalikan cam bersama Eric Rollman (presiden Marvel Animation), Suresh Seetharaman (Spider-Man India) & Si-Bum Kim (characterline.com). Tunggu jer keluarannya di majalah GEMPAK™ isu 244 (15hb. Januari 2010). Orait!

Trimas kepada Joanna Ooi dari Weber Shandwick kerana berusaha merealisasikan interviu ni dengan kerjasama penganjur, MDeC. John Stevenson yang pada mulanya kelihatan letih selepas balik melancong di Batu Caves (siap kata "It was very hot!"), tampak cool & bekerjasama menjayakan sesi temuramah ni. Trimas John!

LIPUTAN 8KSKLUSIF: PENGALAMAN TURUN PADANG

Bukan mudah untuk seseorang terutamanya insan biasa macam kitorang ni berpeluang menyaksikan kehebatan dan kedahsyatan individu² terkenal dalam bidang industri kreatif beraksi kat padang. Tapi dalam tempoh 3 hari berada kat The Royale Chulan Hotel, pelbagai keunikan dan perkara yang selama ni sekadar menjadi khayalan kitorang berjaya dinyatakan oleh mata kepala sendiri!

Dari kiri; Si-Bum Kim (Pengasas & CEO Characterline Inc., Korea), Fakhrul Anour @ Ayour (Editor GEMPAK™ & UTOPIA™) & Norman Abdul Halim. (CEO KRU Studios)

Bayangkanlah, walaupun badan penat berdiri sana sini sampai boleh sesat merantau kat ibu kota, tapi semuanya hilang bila dengar dan lihat sendiri pakar² industri animasi, komik dan permainan video berkongsi idea dan kreativiti.

Dari kiri; Suresh Seetharaman (Pengasas & Presiden Virgin Comics & Virgin Animation, Bangalore, New york), Si-Bum Kim (Pengasas & CEO Characterline Inc., Korea) & Norman Abdul Halim (CEO KRU Studios).

Kita semua tahu yang Malaysia ni sebenarnya penuh dengan bakat² terpendam yang masih belum terserlah kehebatannya. Melalui persidangan macam ni kitorang dapat lihat dengan jelas bahawa harapan Malaysia untuk bergerak seiring dengan negara lain dalam bidang industri kreatif sangat cerah. Dewan persidangan yang sentiasa penuh, kerjasama yang tak pernah hilang di antara peserta tempatan dan luar negara serta tumpuan penuh sepanjang acara berlangsung cukup untuk membuktikan usul di atas.

Dunia dah saksikan kejayaan demi kejayaan tercipta dan kesinambungan dalam mengekalkan rentak kemenangan sentiasa dijaga, walaupun hampir keseluruhannya dikecapi oleh negara luar. Mungkin ramai yang tertanya², "Bila pula Malaysia nak menang? Bila Malaysia nak hasilkan karya yang gah macam negara luar?". Percayalah kawan², hari tu bakal tiba.

Dengan pelbagai rancangan masa depan dan kemungkinan² yang boleh diwujudkan melalui persidangan ni, peluang untuk mara ke hadapan terbuka luas. Tiada lagi istilah jalan mati bagi industri kreatif negara kita. Kini jalan semuanya sedang dibina dan bakal siap dalam sekelip mata.

Banyak benda kitorang nak cerita sebenarnya, tapi tak best-lah kalau semuanya diluahkan kat sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang persidangan ni, nantikan Gempak™ isu akan datang!

LIPUTAN 8KLUSIF: EDITOR GEMPAK™ MODERATOR HARI INI!

Persidangan Isian Digital Kre8tif! MSC Malaysia (MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference) yang mula berlangsung pada 7hb. Disember 2009 menyaksikan penglibatan lebih 650 delegasi & ahli panel. Dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation/MDeC, ia menampilkan pameran² syarikat berkaitan, pemacu kerjaya & 3 kelas² master yang memfokus kepada pelbagai aspek produksi isian digital. Salah 1 daripadanya ialah sesi panel bertajuk 'Bringing Heroes from Pages to Eyeballs' (Membawa Hero daripada Media Cetak kepada Francais Agung) yang akan dikendalikan oleh Fakhrul Anour/Ayour sebagai ketua sesi panel (moderator). Ia dijadualkan berlangsung esok (9hb. Disember 2009) pada pukul 4 pm - 5 pm bertempat di Courtyard Royale Chulan Hotel, KL dengan 3 ahli panel berikut;

Suresh Seetharaman
Perintis bersama & Presiden, Virgin Comics & Virgin Animation (Bangalore, New York)

*juga merupakan perintis bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Gotham Entertainment Group, penerbit komik terbesar di Asia Selatan. Dia mengawasi operasi antarabangsa termasuk produksi, pengedaran, promosi & jualan.

* Pengalaman jawatan yang pernah dipegang termasuk sebagai Naib Presiden Senior & Pengarah Eksekutif Clarion McCann serta Pengarah Kreatif Tempatan J Walter Thompson India. Dia gak merupakan Pengarah Perintis Creative Works, kedai-laris kreatif yang telah membangunkan & membina jenama² terulung di rantau Asia-Pasifik.

Di tahun 2005, Sharad Devarajan & Suresh Seetharaman bekerjasama dengan Gotham Chopra mencipta mitologi baru yang membawa kebangkitan semula dalam hiburan karacter India. Disertai kreativiti Deepak Chopra & Shekhar Kapur, mereka membentuk Virgin Comics di bawah kumpulan syarikat Virgin milik Sir Richard Branson.


Objektif Virgin Comics/Virgin Animation adalah mencipta pelantar bagi mempamerkan bakat kreatif terbesar yang telah mendominasi negara² Asia Tenggara. Mereka percaya dengan visi negara Timur berpotensi mengrevolusikan budaya industri hiburan.


Si-Bum Kim
Founder and CEO at Characterline Korea (Seoul)

Ikon paling berpengaruh & dihormati dalam industri animasi Korea, menggabungkan pembangunan polisi industri & produksi kreatif. Cukup aktif dalam pelbagai bidang. Selain perniagaannya sendiri, dia juga merupakan pengerusi sebuah syarikat internet yang menyediakan perisian mencipta animasi 3D secara online & penasihat sebuah syarikat IT yang menghasilkan Golf Range Finder.

• Dia merupakan penasihat senior KOTRA (Korea Trade & Investment Promotion Agency) iaitu agensi kerajaan bagi mempromosikan bisnes antarabangsa antara Korea & lain² negara. Kini dia menjadi penasihat KOCCA (Korea Culture Contents Agency) iaitu agensi kerajaan Korea yang bertanggung-jawab mempromosikan bisnes buday Korea termasuk karakter, animasi, filem, muzik, mainan & sebagainya. Dia pernah menyelia latihan di banyak negara termasuk Jepun, Taiwan, Denmark, Bangladesh, Uzbekistan, Mongolia & Korea sendiri.

• Beliau berkhidmat sebagai pensyarah tambahan perniagaan di Hanyang Business Graduate School & kini mengajar International E-Commerce, International Marketing for Culture Business, Character Planning & Creating di Hanyang University.

• Dia turun membangunkan program latihan Leadership Academy; menyelia kursus 'Intellectual Property Marketing' di KOCCA serta pembantu pengarang 2 buah buku; 'Introduction of Cultural Contents & Becoming CEO' dan 'Idea & Guts at Twenties'.
Dia merupakan perintis Characterline Inc. (http://www.characterline.com) yang mencipta, mengurus & memasarkan IP (Intellectual Property) termasuk karakter, animasi, komik, kartun, termasuklah perlesenan & barangan merangkumi cetak, penyiaran, online, bimbit & taman² rekreasi.

Norman Abd Halim
President / Group CEO, KRU Studios

Dengan visi & kepimpinan strategik, dia telah menguasai kejayaan demi kejayaan, meletakkan kombinasi skilnya yang unik, bakat & kecerdasan perniagaan teruji. Pelbagai pencapaian tertingginya memungkin dia menerima anuerah Outstanding Entrepreneur Award in 2007 daripada Asia Pacific Entrepreneur Awards. Kini selepas lebih 15 tahun, beliau telah menganjak syarikat ke hadapan dalam dunia media & hiburan tidak kira secara domestik mahupun luar negara. Kepakarannya turut diperlukan oleh organisasi² lain yang secara tidak langsung refleks daripada peranan yang dipegangnya dalam pelbagai persatuan termasuk Naib Pengerusi Industri Rakaman Malaysia, Pengerusi Anti Cetak Rompak untuk Persatuan Penerbit² Filem Malaysia serta Lembaga Pengarah Festival Filem Antarabangsa KL & Persembahan Awam Malaysia.

FAKHRUL ANOUR/AYOUR
9 tahun bergiat dalam Industri Komik Malaysia bersama Art Square Group di bawah label GEMPAK STARZ™, ini merupakan pengalaman pertama Ayour menjadi moderator sekaligus diperingkat global. Menyaksikan 3 nama besar dalam industri kreatif antarabangsa sebagai ahli panel yang bakal diketuainya, ia dilihat sebagai cabaran getir mendominasi pengetahuan dalam industri kreatif selama 9 tahun berbanding ahli² panel yang jauh lebih berpengalaman.

LIPUTAN 8KSKLUSIF: IDEA DARIPADA DUA LEGENDA

Pagi tadi kitorang sertai pembentangan Keynote Address daripada dua tokoh animasi terkenal John Stevenson (Pengarah 'Kung Fu Panda') dan Eric Rollman (Presiden Marvel Animation).
Majlis dimulakan dengan pengenalan tentang konsep merangka sebuah cerita animasi oleh Stevenson


Antara kunci penting yang diterangkan oleh beliau termasuklah 5 soalan utama;
1. Cerita itu kepunyaan siapa?
2. Apa misi utama cerita itu?
3. Siapa dan apa yang menghalang perangkaan cerita itu?
4. Apa kesannya jika cerita itu gagal?
5. Apa yang akan berubah jika cerita itu berjaya?

Beliau juga turut berkongsi tips tentang cara terbaik dalam menghasilkan idea dalam perangkaan sesuatu cerita animasi seperti teknik memerah idea dan diskusi.

Majlis kemudian disambung dengan pembentangan oleh Eric Rollman dan kandungan utama yang diketengahkan oleh beliau ialah produksi bersama di antara dua syarikat animasi.


Beliau menerangkan tentang proses pembahagian tugas dalam pembinaan animasi di mana setiap tugasan dijalankan secara berperingkat dengan persetujuan kedua-dua syarikat yang terlibat.

Beliau turut bermurah hati menayangkan sedikit sedutan animasi Wolverine & The X-Men dan Iron Man Armored Adventures.

Wolverine & The X-Men

Iron Man Armored Adventures

LIPUTAN 8KSKLUSIF: INTIPATI UCAPAN PERASMIAN KRE8TIF

Pelancaran hari ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Berbahagia Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporaion (MDeC). Penegasan dalam ucapan beliau termasuklah tujuan utama program ini dianjurkan iaitu untuk mendedahkan bakat terpendam rakyat Malaysia dalam bidang industri kreatif kepada nama² besar industri tersebut. Melalui perkongsian idea di antara mereka diharap industri ini dapat diperkembangkan di negara kita.

Selain itu, beliau juga mendedahkan rancangan masa depan yang bakal dijalankan seperti menubuhkan Digital Media Zones, kerjasama antarabangsa, dana Hak Milik Intelektual serta program peningkatan skil dan infrastruktur industri kreatif.

Majlis kemudian disambung dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Dalam ucapan tersebut, beliau mendedahkan bahawa demi memastikan industri kreatif negara terus maju ke hadapan, beberapa insentif telah pun dimasukkan ke dalam Bajet 2010 negara.

Beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadikan Industri Kreatif sebagai salah satu sumber ekonomi negara dengan meletakkannya di dalam Rancangan Malaysia ke-10. Maklumat dan isu-isu terkini berkaitan Industri Kreatif kini sedang giat dikumpulkan melalui pelbagai sektor dan agensi.

Pelancaran dilakukan bersama oleh YB Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, YB Datuk Badlisham Ghazali, Mr. Brendan Harken & En. Saifol Shamlan.


Antara kunci penting dalam usaha ini termasuklah:

1. Merangka Polisi Industri Kreatif di mana polisi tersebut bakal menentukan rangka kerja ekonomi yang mempengaruhi perkembangan industri terbabit.

2. Menubuhkan Dana Industri Kreatif dan menyediaan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi menampung segala kos aktiviti yang berkaitan.

3. Menubuhkan Tabung Kebajikan Penggiat Seni dengan dana sebanyak RM3 juta.

LIPUTAN 8KSKLUSIF: PERSIDANGAN KRE8TIF PERTAMA MALAYSIA!


Pada 7hb. Disember 2009 - 9hb. Disember 2009, Hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur dipenuhi dengan para amatur & profesional industri kreatif samada dari dalam mahupun luar negara anjuran Multimedia Development Corporation/MDEC oleh MSC Malaysia. Bermula hari ini selepas tengahari, GEMPAK STARZ™ berkampung di sini bagi menghadiri acara perasmiannya, MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference yang julung kali diadakan. Juga yang pertama buat industri kreatif di negara kita. Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia), persidangan menyaksikan kehadiran hampir 500 delegasi/penyertaan & menampilkan ahli² panel bertaraf dunia seperti;


John StevensonPengarah filem animasi CGI box-office terbitan DreamWorks/Paramount, 'Kung Fu Panda' (2008) yang membentangkan kertas kerjanya berjudul 'Making of Kung Fu Panda' untuk Master Class #3 pada hari Isnin (7hb. Disember 2009), 4 pm - 6 pm. Difahamkan hampir seluruh delegasi/peserta mengikuti kelas ini. Esok (9hb. Disember 2009) pada pukul 9 am - 10 am, beliau akan menyampaikan Keynote Address kat Main Ballroom. Jangan ketinggalan!

Dr. Naif MuttawaPerintis, Pengerusi & CEO The 99 Comics daripada Kuwait yang pernah kitorang war²-kan dalam majalah GEMPAK™ 2 tahun lalu. Hari ini (9 am - 10 am) dia menyampaikan keynote kat Main Ballroom berjudul 'Creating The 99 - Islamic Content for the World'.

Eric Rollman
Dia merupakan presiden Marvel Animation yang bertanggung-jawab menghasilkan filem² animasi ke video Marvel cam Ultimate Avengers, Invincible Iron Man & yang akan datang 'Thor: Son of Asgard'. Esok (9hb. Disember 2009), beliau akan menyampaikan Keynote Address kat Main Ballroom pada pukul 9.30 am - 10 am.

NOTA: Persidangan ni ada ramai lagi nama² besar dalam industri kre8tif bukan jer dari luar negara tapi gak dalam negara. Maklumat lanjut boleh disemak di laman web rasminya (klik logo MSC Malaysia Kre8tif di atas!). Orait!