Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010.

GEMPAK STARZ di Pesta Buku Terengganu mulai hari ini !!!

Pada semua Kipas-Susah-Mati GEMPAK STARZ yang tinggal di kawasan Pantai Timur, datangla beramai-ramai ke Pesta Buku.

Tapak Gerai : 99
Tempat : Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Tarikh : 24 Februari - 2 Mac 2010.
Masa : 9.30 pagi -10.00 malam.


Jangan terlepas peluang, kunjungi booth kami untuk dapatkan koleksi terbaru GEMPAK STARZ...

LAWATAN CYBERNECTICS INTERNATIONAL COLLEGE OF TECHNOLOGY!




Tarikh: 3hb. Februari 2010
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang

Seramai 30 pelajar jurusan Diploma Multimedia Kreatif dari Cybernetics International College of Technology telah datang melawat ke GEMPAK STARZ™! Kedatangan diorang bukan jer dapat memahami cara operasi GEMPAK STARZ™ malahan merapatkan lagi hubungan serta mengenali lebih ramai staf GEMPAK STARZ™. Cam biasa Ayour memberikan penerangan berkenaan GEMPAK STARZ™ & kendian diorang diberi bimbingan untuk melawat sekeliling 'kawasan kerja' staf kitorang. Tentulah tak kurang merembat peluang bergambar dengan kartunis & membeli sedikit novel grafik serta barangan keluaran GEMPAK STARZ™. Trimas diucapkan kepada kedatangan diorang & kalau berpeluang kita berjumpa lagi!

Hah, diorang minta autograf daripada Ayour!
Keith kesukaan ramai!
Bergambar dengan Kaoru.

SESI MENTORING FINALIS KOMIK DIGITAL IPCC

Selamat datang ke...

ke...ke...ke...

Tempat: MSC Malaysia Creative Innovation Centre (CIC) - Plaza Center, KL Sentral
Tarikh: 28hb. Januari 2010
Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang

Sesi mentoring finalis 'Intellectual Property Creators Challenge Series' / IPCC bagi 10 pemenang kategori 'Komik Interaktif Digital' telah diadakan dengan lancar & sempurna sekali. 3 juri istimewa terpilih (Ayour - editor GEMPAK™ & UTOPIA™ 'Art Square Creation Sdn. Bhd.', En. Fauzul Na'im - pengurus besar PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd., Apai - editor G3™ 'Karangkraf Sdn. Bhd.' & Siow Aik Wee - senior executive Malaysia Animation Creative Content Centre) yang telah dilantik khas oleh pihak penganjur - Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. / MDeC telah hadir bagi menilai serta memberi bimbingan selanjutnya akan kemajuan semasa hasil nukilan & gak ciptaan masing².

Finalis² dengan hasil kerja siap sebanyak 85% minima tu telah diberi pandangan sewajarnya melalui perancangan konsep mewarna, pendakwatan & gak rekaan dialog oleh juri² agar karya ciptaan diorang disempurnakan, diitngkatkan lagi nilai mutunya @pun perlu diolah serta brush-up supaya karya berada di tahap ideal & bersesuaian. Sesi perbincangan ke-2 @pun bahagian mentoring terakhir kategori 'Komik Interaktif Digital' ni akan berlangsung pada 2hb. Mac 2010 di tempat yang sama.

Ayour bersama Muhalid B. Aziz

Niezam bersama Apai

En. Fauzul Na'im bersama Md Rizal B. Md Yusof

Ayour VS Gayour!

EKSKLUSIF COVER KOMBINASI 'ALICE IN WONDERLAND'

Gong Xi! Gong Xi! Gong Xi Fa Cai! Tahun hari-hari mau (harimau) membuatkan u'all hari² mau baca majalah² keluaran GEMPAK STARZ™. Haha! Sekarang ni di pasaran special surprise isu MAC 2010 buat u'all para pembaca setia majalah GEMPAK STARZ™; UTOPIA™, GEMPAK™ & COMIC KING™. We'all dengan kerjasama Walt Disney Studios Motion Pictures, Malaysia menerbitkan previu + contest eksklusif filem 'ALICE IN WONDERLAND' versi gothic dengan cover kombinasi untuk 3 majalah tersebut. Nak rasa eksklusifnya, dapatkan ketiga-tiga sekali & nikmati kelebarannya! Heee... ^_^


COMIC KING™ (Mac 2010) • GEMPAK™ (01hb. MAC 2010) • UTOPIA™ (01hb. MAC 2010)

NIKE ELITE TRAINING MASTER ACCURACY PROGRAM

Lokasi: Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor
Tarikh: 10hb. Februari 2010
Masa: 9.00 pagi - 2.30 petang

Pagi² lagi krew 'GEMPAK™' (Igniz & Kero) & 'UTOPIA™' (Ka-mail & Pjoe) dah bergegas menuju ke Wisma FAM menghadiri NIKE ELITE TRAINING MASTER ACCURACY PROGRAM anjuran NIKE (Malaysia) dengan kerjasama FAM yang turut dihadiri rakan² media lain. Tujuan utama program ni mempromosi produk terbaru NIKE, T90 LASER III yang dipakai oleh Fernando Torres (Liverpool) & Wayne Rooney (Manchester United).


Program ni gak memperkenalkan teknik² latihan dikenali sebagai Master Accuracy yang dipraktikkan oleh pemain² FC Juventus selain merekrut pemain muda berpotensi daripada 2 sekolah terpilih berdasarkan prestasi diorang semasa sesi latihan berlangsung.

Kat bawah ni antara aksi kitorang & rakan² media sepanjang program ni berlangsung:

Rakan² media yang cuba tersenyum selepas memerah keringat kat atas padang.

Mengemam mulut merupakan trademark Igniz ketika merembat! Untuk keseimbangan badan katanya.

Ramai tertanya-tanya kaki manakah bakal digunakan Pjoe untuk merembat. Jawapan; kedua-duanya bukan.

Saksikan 'Teknik Rembatan Jejak Ibu Jari Kaki Jer' oleh Kero!

"Apsal diorang jer yang merembat, coach?" adu Ka-mail pada jurulatih.

Bola itu bulat. Apa² pun boleh terjadi. Termasuklah muntah kat padang.

Tahniah diucapkan kepada 2 adik ni sebab terpilih menjalani sesi latihan kat Bukit Jalil! Muka serius tanda fokus!

Have a Date with Daybreakers

DAYBREAKERS SCREENING: Battle Between Mortality And Humanity
"Imagine the world's majority population are vampires and we, the humans became an endanger species, are the most precious natural resource that haunted & farmed for blood"

How will human survive in this world?
How will vampire live in their daily life?
How will vampires rules & runs the world? And is there a cure to end this battle?

Be the first in Malaysia to watch in local cinema and see how...
Screening Date: 8 March 2010
Show Time: 9:30pm
Venue: Cathay Cineplex
Tickets Redemption Time: 8:30pm -9:15pm

Get your token and SMS reply to successfully redeem your double passes

The key is in GEMPAK 247 (1 Mar Issue), UTOPIA 173 (1 Mar Issue), & COMIC KING 118 (1 Mar Issue)

We believe you know how... to make your breakthrough!!!

Cover - Alice In Wonderland


Tim Burton yang terkenal ngan garapan filem penuh dengan aura 'gelap' ala gothic seperti 'Edward Scissorhands' & 'Charlie & The Chocolate Factory' kembali lagi meneruskan tradisi tersebut ngan filem 'ALICE IN THE WONDERLAND'. Muncul ngan barisan pelakon cambest seperti Mia Wasikowska, Johnny Depp, Anne Hathaway & Helena Bonham Carter, ianya menjadi salah 1 filem yang ditunggu-tunggu bagi tahun 2010!

Grafik cambest kena lak ngan barisan pelakon meletoppp. Ramuan yang menjadikan filem Tim Burton sentiasa menjadi rujukan oleh para pembikin filem lain.

Alice yang kembali ke dunia Wonderland

Dalam ruangan Starlite ni, Fara akan huraikan dengan lebih lanjut di sebalik setiap karakter & pelakon yang terlibat dalam pembikinan filem 'ALICE IN WONDERLAND'. Jadi, dapatkan cepat Utopia™ 173 sekarang!

Starbrite Bersama Nick Jonas & The Administration


NICK JONAS & THE ADMINISTRATION!

Hai u'all! Camner ngan kehidupan memasing? We'all kat Utopia™ sihat sokmo. Kali ni salah 1 ruangan Starbrite membawakan NICK JONAS (salah sorang adik-beradik The Jonas Brother) bersama ngan band-nya THE ADMINISTRATION. Projek terbaru dari NICK JONAS & membuahkan album baru berjudul, 'Who I Am'.

Datang dalam pakej ber-genre-kan Soft Pop Rock yang ringkas tapi dilimpahi melodi catchy, NICK JONAS kali ni lebih bebas bereksperimentasi tanpa sebarang kekangan terutama dari abang-abangnya.

Nak tahu lebih lanjut pasal dia? Jangan tunggu Utopia™ 173 terbaru jatuh ke riba, lekas rembat kat book store berhampiran!

Sekarang!

p/s - U'all gak berpeluang merembat x10 album 'Who I Am' kat kontezz!

Terbaru!! MAY'N BIG WAVE 2010

Terbaru!!! MAY'N BIG WAVE 2010


Uish! Butiran penting konsert May'N dah disahkan!!!


Tempat: KL Live, Tingkat 1, Life Centre, 20 Jalan Sultan Ismail, KL
Tarikh: 07hb. Mac 2010
Masa: 8.00 malam
Masa Kemasukan: 7.00 petang
Harga ticket: RM 198/++ (pembelian awal) & RM 208/++ (pembelian semasa)

Nota: Semua tempat adalah free standing. Penjualan tiket adalah siapa cepat dia dapat!

Tiket dijual di:

SOGO Shopping Mall

KL Live

AnimeTech (semua cawangan Lembah Klang & Ipoh)

Laman web rasmi http://www.mayn.asia/ (klik 'Tour Information' & pilih 'MALAYSIA')

MULAI 9hb. Februari 2010

Apa tunggu lagi!!

p/s: Kalau korang ingat lagi, GEMPAK™ Isu 246 ada menghadiahkan sepasang tiket! Cubalah SMS sementara masih sempat!
Kalau korang selalu hadap Facebook, apa kata lawati http://www.facebook.com/maynasia

In this CNY....Book of Eli waiting you!


Come and find out more about Book of Eli in this CNY!


Starts your sms registration on 15th Feb.


Screening details as below:-

Date: 23rd Feb (Tue)

Time: 9 pm

Venue: TGV KLCC

Hall: 9

Ticket Redemption Time: 8 - 8.45pm

***Bring along your sms reply & cut-out token to redeem your movie ticket x 2.


For more info, pls refer to our in-house magazine - Gempak 245, Utopia 172 & Comic King 117.


See you there!

EKSKLUSIF GEMPAK™ BERTEMAKAN CINTA!

Tidak beberapa hari lagi Hari Cinta (Valentine) bakal diraikan oleh korang yang sudah berjanji untuk memberi keistimewaan pada insan yang dicintai @ mungkin tiba masanya meluahkan perasaan?! Ganbatte! Nak mood @ booster keyakinan diri? Kitorang cadangkan korang beli GEMPAK™ isu 246 sebab banyak isi kandungannya eksklusif membincangkan cinta daripada perspektif karya² ACG pilihan diorang.


Cayalah team editorial baru di bawah seliaan Editor baru diorang, Fey! Nak tahu apa komen bekas Editor yang kini dah jadi Ketua Editor yakni Ayour? Semak kat http://fakhrulanour.blogspot.com/2010/02/gempak-dengan-keyakinan-baru.html.

Isi kandungan surprise habessss!

• Artis Antarabangsa - KEITH ('Lawak Kampus' 'Wasabi') & KAORU ('Maid Maiden' 'Kaoru's Cake House') menjelaskan nilai cinta yang terselit dalam setiap karakter komik masing.

• Kolum baru dipanggil 'Kreatif' membawakan interviu eksklusif bersama Jordan Mechner, pencipta francais 'Prince of Persia' sempena filem adaptasinya yang bakal ditayangkan tahun 2010 ni.

• Artikel eksklusif Top 10 karya² cinta bagi setiap kategori Anime, Comic & Game/ACG pilihan Editorial GEMPAK™. Korang setuju? Takper, respons di sini & senaraikan pilihan korang!

• Sudah menjadi kelebihan Majalah Komik Generasi Baru menyampaikan yang terkini dalam industri ACG maka ada laporan 'Iron Man 2', 'Tekken Live Action', filem anime terbaru DoraĆ©mon & filem CGI baru akan datang berjudul 'Despicable Me' (?!).

• Rembat hadiah² eksklusif terutamanya 2 tiket menonton konsert May'n Asia Tour 2010 pada 7hb. Mac 2010. Orait!

100% GEMPAK STARZ_Bakat Baru Komik 2009

And again congrats to all the winner for Bakat Baru Komik 2009!
Here goes the video for all the winner Bakat Baru Komik 2009 :