PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR 2010

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia

KIPAS-SUSAH-MATI

Pada 22-26 Disember 2010 akan diadakan PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR 2010 bertempat di PWTC.

Pada hari tersebut GEMPAK STARZ turut mengadakan jualan buku kegemaran u'all & juga keluaran baru novel grafik GEMPAK STARZ yang di wakili oleh JRAS CORPORATION SDN BHD. Tapak pameran jualan di Tun Razak Hall 3, PWTC (Booth noA57).

Kepada u'all yang tiada aktiviti dan tak tahu nak pergi mana pada masa itu boleh la luangkan masa pergi ke PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR 2010.

Ayuh jom pergi beramai-ramai ke PESTA BUKU KANAK-KANAK KUALA LUMPUR 2010!!

MEMBACA ADALAH BUDAYA KITA

Sesi Autograf @ MPH Alamanda Putrajaya

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia...





KIPAS-SUSAH-MATI

Memperkenalkan artis komik lawak GEMPAK STARZ... JO, NISHIKI, NEKO & LITTLE.

Kepada u'all yang tinggal berdekatan Putrajaya datanglah beramai-ramai ke MPH Alamanda untuk bertemu artis GEMPAK STARZ dan boleh dapatkan autograf. Kalau sudah ada novel grafik seperti koleksi Lawak Shabu Shabu, Lawak Pop Gang, Lawak Junk Food & Lawak Ice Cream Baby Melt bawalah ke sana. Kalau tak da jangan lupa beli dekat MPH Alamanda nanti yek.
10 terawal yang beratur untuk sesi autograf bakal mendapat cenderahati daripada GEMPAK STARZ.

Tempat: MPH ALAMANDA PUTRAJAYA
Tarikh: 4 DISEMBER 2010 (SABTU)
Masa: 2.00-3.45 ptg

GEMPAK STARZ Road Tour is heading up to Ipoh Kinta City, Perak!!

As 2010 is coming to an end soon, so does GEMPAK STARZ Road Tour for this year. We'll be making our final stop at the city of Perak!! Yesss, Ipoh!!! Here are the details, so make sure to come support us!!



Date: 27th November 2010
Time & Activities:
3pm - 4pm (Comic Classroom Mini Workshop)
4:30pm - 5:30pm (Autograph Session)
Venue: Ipoh Kinta City POPULAR Book Fair, Concourse Area



Still not sure if you want to join us this Saturday? Hmm...
Then here are at least 3 top reasons why you shoudn't hesitate...


First, Keith, Kaoru, Zint & Oga are going to be there for autograph. Surely, you wouldn't want to miss this golden chance to meet them in person.



Second, you can get the best tips & tricks from the Comic Classroom Mini Workshop conducted by Keith & Kaoru,.... and


Third, there are some cool freebies give-away from us, good to add-on to your GEMPAK STARZ collections.




So, we have a date now, do we?

See you then at Ipoh Kinta City Popular Book Fair this Saturday!!






AKTIVITI MENCURIGAKAN A.P.U

Kuala Lumpur: Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini Angkatan Penulis UTOPIA™ (A.P.U) didapati telah banyak melakukan aktiviti mencurigakan sehingga lewat malam. Berdasarkan laporan penduduk kawasan Kuala Lumpur, mereka sering dilihat berkumpul selepas waktu pejabat di lokasi tertentu dan berkelakuan seperti sekumpulan pelancong yang sedang sibuk mengambil gambar. Menurut Fauzi (bukan nama sebenar), 30, "Mereka memegang kamera dan gulungan kain putih yang panjang sambil bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Perbuatan mereka amat mencurigakan." Azian, 45, menambah, "Turut sertai mereka ialah sekumpulan pemuda yang lagaknya seperti artis popular bergaya sambil gambar mereka diambil."






Buat masa ini maklumat lengkap tentang aktiviti mereka masih belum diperolehi. Oleh itu kerjasama daripada orang awam amat diperlukan bagi memastikan sebarang tindak-tanduk yang dianggap boleh menjejaskan keamanan negara dibanteras secepat mungkin. Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut tentang kegiatan ini, sila nantikan UTOPIA™ isu #192 keluaran 15hb. Disember 2010 di kedai-kedai buku berhampiran. Sekian, menurut perintah. Berkhidmat untuk negara.

Bittersweet, Mizz Nina, Yuna, FT, Iyaz... akan happeningkan lagi ANUGERAH MENJERIT!!!

Eh, siapakah ini? Haaaa....

Tempat: Bukit Jalil
Tarikh: 20hb. November 2010
Masa: 8.30 malam (Siarah Langsung @ 8TV)

Acara anugerah palinggg hype diperkatakan dalam industri hiburan abad ini, SHOUT AWARD!, Anugerah mega yang bakal menutup tirai 2010. Tahun lepas Bunkface menang, tahun ni agak²nya siapa lak yang rembat anugerah Ultimate tu eh??? Hah, u'all dah vote untuk artis² feveret dah??? Boleh vote kat www.shoutawards.com.my. Apapun yang penting kat sini, yang penting kat sini we'all nak bagi uar²kan barisan celebs yang akan meng-happening + haru-biru + gegak gempitakan acara majlis nanti menerusi persembahan². Dan sepertimana rakan se-perjuangan we'all, Shylah baru jer jap tadi sahkan, dey'all (antara yang tersenarai kat atas) + juga diterbangkan istimewa dari Amerika Syarikat, Iyaz (penyanyi yang hits ngan single 'Replay' & 'Solo'). Sementara tugas sebagai host akan digalas oleh trio, Hafiz (Fly.fm), Sara Lain & Henry Golding. Jadi sesamalah kita nantikan kemuncaknya malam anugerah ni (lebih kurang 2 minggu dari sekarang...)

p/s: Kat atas tu lah Iyaz. Weehee!

'Tanah Tumpahnya Darahku'

Pada suatu hari, nak dijadikan cerita, sempat gak we'all kru² UTOPIA™ melarikan diri dari arena hiburan buat sementara waktu & ber-jinak² dengan arena sukan pulak. Bukannya apa, we'all cuma excited nak jadi antara orang terawal melihat 'barang' baru tajaan Nike ni. Eh, barang apa? Haaaaaaaaaaaaaaaaa.......




Tempat: Wisma FAM, Kelana Jaya
Tarikh: 3hb. November 2010
Aktiviti: Majlis Pelancaran Jersi Baru Pasukan Bola Sepak Malaysia

Pergh! Pasukan bola sepak negara kita dah ada jersi baru, beb! Kali ni Nike dengan bangganya menyematkan frasa 'TANAH TUMPAHNYA NEGARAKU' ke sanubari setiap pemain melalui kit yang diperbuat daripada polyster kitar semula ni!

Pasangan kembar paling feymes kat Malaysia. Jangan cakap u'all tak kenal. We'all cubit kang.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM) & K. Rajagopal (jurulatih skuad kebangsaan) turun padang menyemarakkan semangat 'Tanah Tumpahnya Darahku'.


Malaysia Boleh!

Heh, nak cakap banyak memang tak cukup jari nak taip! Apa kata u'all terjah sendiri gedung² Nike & Al-Ikhsan sekarang gak! Dengan harga RM199, u'all beli & rasakan sendiri kedahsyatan aura Harimau Malaya! Warghhh!

Indiepretasi P. Ramlee


Telinga u'all perasaan tak, sejak kebelakangan ni asal u'all tune jer radio² AMP terutama XFM & ERA.fm, selain lagu² ter-cambest terkini, dey'all gak mainkan lagu P.Ramlee kan..? We'all 1st time dengar lagu 'Tiada Kata Secantik Bahasa' (tak silap masa tu ter-tune XFM). Tertanya² gak memula tu, siapa gerangan empunya suara ni. Nak kata P.Ramlee.., memang tak arrr! Monoloque sebenarnya yang cover song tu, salute la dia punya vokal lunak merdu lemak berkrim memang terusss masuk dalam jiwa. Walaupun we'all ni tak hidup zaman P.Ramlee tapi rasa cam lagenda agung tu jer 'hidup'. Nostalgik sehhh... Dan bila we'all usha punya usha, rupa²nya bukan Monoloque jer yang cover lagu P.Ramlee. Tapi band local act lain pun ada...

Dan semalam we'all berkesempatan hadir di sidang medianya. Idea ni mulanya dicetuskan oleh pengarah rancangan XFM, En. Adly Ramly Syairi, dia yang mula isukan kat chat room (BBM) jer, kendian lepas 1² respon menyokong kuat usaha suci lagi murni ni & akhirnya terealisasilah projek yang diberi nama, Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi. Sebuah album kompilasi pertama Malaysia yang hanya boleh didapati secara digital . Ianya sebagai penghormatan terhadap seniman Agung, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh aka P.Ramlee. Cayalah dey'all!!! Sebanyak 20 pemuzik indie cambest tanah air bergabung tenaga & kreativiti menjayakan 1 projek yang diberi nama, 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi'. Antaranya lain cam Hujan ('Tunggu Sekejap'), Seven Collar T-Shirt ('Jangan Tinggal Daku'), Bittersweet ('Getaran Jiwa'), Pesawat ('Ai Ai Twist'), Couple (Menche Che Bujang Lapok) &.. eh banyak lagi lah.. Dan lagi cambest album ni gak turut ditampilkan 1 'band' baru, spesel untuk projek ni, The Ramlees (Yuna, Najwa, Mira (Tilu) & Liyana Fizi) ehem... ehem...








Nak muat turun, layari www.xfm.com.my (harga RM5 untuk lagu penuh, RM4 untuk ringtone, RM5 untuk caller ringtone. Duit u'all sebenarnya tu akan disalurkan kat Tabung Pustaka Peringatan P.Ramlee.

So, apalagi, support ar usaha suci lagi murni ni... We'all pun dalam kondisi memberi sokongan padu tak berbelah bagi ni. Buktinya? Nantikan cover UTOPIA akan datang. Jeng... Jeng.. Jeng....