Ke kiri ke kanan, melompat, berguling,
slow motion &
fast-
paced movements,
ha, apa lagi
u'all nak? Semua ada! Bukan setakat pertandingan kosong, DENTYNE CONFIDANCE MOVEMENT
ni gak dianjurkan bertujuan menggalakkan pemuda-pemudi sekalian menyerlahkan keyakinan diri melalui gerak tari & rentak irama sehaluan!
Nak tau apa kesudahannya? Teruskan membaca.
Yehawww!
Tempat: Sunway Pyramid
Tarikh: 7hb. Ogos 2010



JUARA: VOTION FORCE
Dengan skil tarian memukau disertakan elemen cheeky, Votion Force menyentap kumpulan² lain dengan merangkul hadiah utama bernilai RM10,000! Kejituan dari segi pergerakan & timing menarik penonton ke dalam dunia tersendiri sebelum disudahi dengan lagu 'Malaysia Truly Asia'! Ada ciri² tempatan, beb!


NAIB JUARA: 10 10 10 10
Tak kurang hebatnya, 10 10 10 10 mengekori rapat dari belakang dengan menggondol hadiah tempat ke-2, wang tunai bernilai RM6,000! Ha, dengan enigma tarian bertopeng ala² emotionless, pening gak judges nak buat keputusan.


TEMPAT KE-3: ECX
Menyusul di tempat ke-3 dengan hadiah wang tunai bernilai RM4,000 ialah kumpulan ECX! Tarian berkonsep urban dengan susun atur gerakan sistematik & bersahaja, sorakan kagum daripada penonton & penyokong jelas kedengaran!

Cadbury Senior Brand Manager menyampaikan token penghargaan kepada Jojo Struys, salah 1 juri jemputan untuk event .