MAJLIS PENILAIAN DAN PEMILIHAN PEMENANG SERTA PENYAMPAIAN HADIAH
Tahniah kepada finalis Peraduan Bakat Baru Komik Malaysia 2009! Tentu anda dah semak lis finalis kat website dan majalah kitorang. Manalah tahu nama anda juga tersenarai…. Jika anda salah seorang daripada finalis tersebut, sila ambil maklum perkara berikut:
1. Surat maklum balas kehadiran ke majlis penyampaian hadiah telah dikirim melalui pos kepada anda pada 15hb Oktober. Kalau tak terima, sila inform kami.
2. Sila kirimkan semula borang maklum balas sama ada anda dapat hadir atau tidak pada majlis tersebut melalui fax 03-9056 1634 atau e-emel farra@artsquare.com.my
3. Jangan lupa kirimkan salinan kad pengenalan anda supaya kami dapat pastikan ejaan nama anda dan no i/c tertera dengan betul.
Pastikan kehadiran anda semasa MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH nanti – 22 November 2009.
Aturcara majlis:
10.30 a.m -12.30 p.m. - Judging Begins.
11.30 a.m -1.30 p.m. - Bakat Baru Finalist Registration.
2.30 p.m – 4.00 p.m - Prize Presentation Ceremony
